NORMAN RADZUAN
Semakin ramai mula berkata kata lagak Menteri
Menteri PH kena belajar ‘skill’ pemimpin UMNO
KITA TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPAAD ANWAR SORANG
Percayakah anda keghairahan dan pujian masyarakat kpd Kerajaan
Perpaduan bergantung kepada populariti Ds Anwar. Ketokohan dan kebijaksanaan PMX
berpolitik telah banyak menyelamatkan kerajaan ini dari teruk dicemuh.
Kehebatan PMX diperkatakan hingga ke negara jiran Indonesia
tentang kebijaksanaannya berhujah, sanggup tidak mengambil gaji dan pelbagai
lagi yang enak di dengar.
Tapi bagaimana dengan Menteri kabinetnya? Sampai bila kerajaan ini
perlu bergantung kepada populariti PMX seorang?
Jurang antara PMX dan jamaah Menterinya terlalu jauh. Kehebatan
PMX bukan sahaja kebijaksanaanya membantu rakyat atau menguruskan negara ini
tetapi beliau bijak berpolitik mengambil hati rakyat.
Beliau pergi ke kampung-kampung, bertemu rakyat setiap minggu di
masjid-masjid menyatuni rakyat selain fokus bagaimana untuk membantu rakyat
meningkatkan ekonomi.
Tapi sayang para Menteri terutama dari PH ketika ini masih belum
perform seperti diharapkan. Tidak mengapa kita tunggu 100 hari untuk menilai KPI
mereka.
Saya mencalonkan Hanna Yeoh sebagai Minister Of The Month atau
paling perform untuk bulan Januari.
Malu saya, Hannah Yeoh Menteri yang hadir menziarahi jenazah Dr
Rani hingga ke kuburan. Mana Menteri-menteri Melayu yang lain?
———————————————————————————
Semalam dari siang hingga lewat malam bersama rakan-rakan politik.
Kami berbual pelbagai isu dan apabila sesuatu isu itu semakin diperkatakan
lantas saya secara terbuka terpaksa menegur.
Sebelum ini saya mendengar keluhan penulis-penulis politik, kemudian
kakitangan awam dan semalam mereka yang orang-orang parti sendiri yang berkhidmat di
Putrajaya. Alangkah bimbang jika rakyat marhaen akan turut merasainya.
Isunya sama iaitu Menteri-menteri PH tidak seperti pemimpin UMNO. Kata
mereka kebanyakkan Menteri PH tiada ‘personal touch’ sedangkan ia adalah basic dalam
berpolitik.
Beberapa majlis kakitangan kerajaan di Putrajaya berkata…
pemimpin PH memasuki Dewan terus menuju ke kerusi tanpa menoleh apatah lagi
berjabat tangan. Kata mereka paling kurang lemparkan senyuman kepada hadirin.
Mereka berkata jelas perbezaan Menteri-menteri UMNO memasuki Dewan
menyantuni hadirin. Malah mereka yang dikenali mereka akan bertegur sapa. Hampir 10
minit barulah mereka duduk di seat yang disediakan.
Isu ini juga diluahkan beberapa penulis-penulis veteran dan saya
sendiri bersetuju dengan luahan hati mereka. Jika Menteri UMNO dahulu, mereka yang
dikenali menghubungi jika di dalam meeting… mereka tetap menjawab panggilan
sambil berbisik ‘in the meeting’…
Selepas meeting mereka akan menghubungi kita. Malah mereka sangat
meraikan wartawan. Jika sibuk sekalipun Menteri UMNO Pegawai-pegawai mereka akan
melayani kita.
Lalu mereka bertanya kepada saya kenapa mereka seperti itu (
Menteri PH )?
Jawab saya, “Ramai Menteri-menteri PH ini golongan akademik dan
pastinya intelektual. Mereka bukan orang politik. Mereka hanya bekerja seperti
pensyarah-pensyarah di Universiti atau di Bank. Tetapi itulah kesilapan besar kerana
mereka terlupa mereka berpolitik di Malaysia yang majoriti berbangsa Melayu.
“Orang politik mahu tak mahu terpaksa hipokrasi. Orang politik kena
ada personal touch. Ingat orang-orang tua kita bila Menteri bagi RM 300 ringgit… 10
kali raya dia cerita waktu anak dia nak masuk Universiti Datuk tu la yang tolong
dia. Begitulah pertolongan-pertolongan yang lain.
“ Menteri kerajaan sebelum ini (BN atau PN) dahulu ada yang berada
di Putrajaya 3-4 hari sahaja. Selebihnya masa mereka turun padang bersama
rakyat.
“ Nasihat saya kepada para Menteri PH terutamanya, mahu tak mahu
kurang kan ego belajar ‘skill’ PMX atau pemimpin UMNO menyantuni rakyat. Kita
tidak akan menang hanya dengan reform ekonomi… tetapi kita WAJIB menyantuni rakyat.
Sebab rakyat ini yang mengundi hingga menjadi Menteri.
“Kita kena hadir majlis-majlis bersama rakyat. Kita kena hadir majlis-majlis agama atau kita kena ‘lepak’ dengan orang-orang kampung. Kalian pelik kenapa orang Melayu
sayangkan kerajaan dahulu walaupun korup. Jawapannya mudah, pemimpin-pemimpin mereka
bijak menyantuni rakyat dan kemahuan rakyat.
Sebab itu tanya saya wajar berikan sedikit kelonggaran kepada pemintaan mereka tentang pengeluaran KWSP. Jika faham sikap orang Melayu bagikan
sahaja wang mereka.
Saya harap teguran ini akan diambil peduli oleh beberapa Menteri
PH secara positif. Masih belum terlambat utk melakukan perubahan. Nak jumpa
secara personal kita masing-masing sibuk, jadi saya tegur di sini.