ANWAR AKAN UMUM JEMAAH MENTERI DALAM SEDIKIT MASA LAGI. BUKAN SEBAB LAIN , TETAPI SAIZ YANG KECIL DAN MEMERLUKAN ORANG YANG BOLEH BUAT KERJA. BUKAN CEPAT RAMAI, TELOQ AYAM PUN TAK DAK.

 

Anwar harap dapat umum barisan Jemaah Menteri dalam 2, 3 hari.





Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, pembentukan Jemaah Menteri kerajaan pimpinannya memerlukan perbincangan pelbagai pihak kerana membabitkan banyak parti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berharap barisan Jemaah Menterinya dapat diumumkan dalam dua atau tiga hari.

Buat masa ini, katanya, senarai itu hampir selesai.

“Kita terpaksa gegas menyelesaikan masalah dengan semua parti komponen kerana harus segerakan untuk bentuk barisan Jemaah Menteri supaya diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan dapat umum dalam masa dua atau tiga hari ini.

“Buat masa ini keseluruhan hampir beres dan saya akan perkemas kini. Lepas itu akan meneliti dan menelaahnya,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Reformis.

Sebagai perdana menteri, katanya, beliau mempunyai tanggungjawab lebih daripada orang lain.

“Sudah minta jadi perdana menteri, kena kerja lebih.

“Jadi, perdana menteri kerja lebih kurang orang lain, tidak boleh. Sebab itu kena kerja lebih sikit.”

Isnin lalu, Anwar dilaporkan berkata, pembentukan Jemaah Menteri kerajaan pimpinannya memerlukan perbincangan pelbagai pihak kerana membabitkan banyak parti.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, proses rundingan juga mengambil masa kerana Jemaah Menteri baharu lebih kecil berbanding pentadbiran terdahulu.

No comments: