NORMAN RADZUAN
ANDAI ZAHID HAMIDI
TPM MALAYSIA
Sebenarnya dua hari
lepas di group, saya diminta memberi pandangan andaikata Zahid dilantik
Timbalan Perdana Menteri 1… tak sampai 24 jam ada yg menghidu khabar angin ini.
Oleh kerana ia telah
diulas oleh beberapa penulis… saya juga akn memberi pandangan mengenainya
secara terbuka. Saya tidak akn bicara terlalu akademik tetapi dlm bicara yg
mudah difahami.
Adakah saya setuju
jika Zahid Hamidi menjadi TPM? Jawapan saya setuju! Persoalannya kenapa?
Sebelum ini saya
sudah mengulas modus operandi PN untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PM Anwar
Ibrahim hanya dgn satu jalan iaitu menjatuhkan Zahid Hamidi sebagai Presiden
UMNO.
Kita mesti ingat
Ismail Sabri dan Hishamuddin adalah individu yg menentang kerajaan Perpaduan
ini. Malah mereka dilihat mesra PN.
Bagaimanapun apabila
Akta Anti Lompat Parti diperkenalkan dan juga surat akuan bersumpah dari parti
UMNO telah mengikat MP UMNO utk bertindak membuat keputusan secara solo seperti
sebelum ini.
Ada yg melompat parti
dan ada yg menandatangani SD tetapi kini segalanya mestilah secara en bloc.
Kerana akta dan akuan bersumpah itu yg menggagalkan usaha mereka utk menghalang
Anwar sebagai PM.
Jadi kenapa Zahid
Hamidi diperlukan sebagai TPM? Jawapannya mudah iaitu utk kestabilan kerajaan
perpaduan ini. Jika Zahid tanpa sebarang jawatan dlm kerajaan ia lebih
memudahkan lawannya menumbangkan Zahid sebagai Presiden UMNO dlm PAU nanti.
Ia bukan sahaja bagi
menjaga kepentingan Zahid tetapi utk pemulihan UMNO bangkit bagi melawan PN/
PAS. Jika tidak parti teras Melayu ini akn berkubur dari lipatan sejarah
politik tanahair seperti USNO.
Jika Zahid dijatuhkan
oleh team pro Ismail dan Hishamuddin… pemulihan ekonomi akn terbantut. Politik
negara akn sekali lagi berlaku sepertimana langkah Sheraton. Ia hanya
membuatkan iklim politik Malaysia tidak stabil dan akhirnya ekonomi negara
terjurumus ke juram yg lebih dalam.
———————————————————————————
PRO & KON ZAHID
SEBAGAI TPM
Apa pro & kon
Zahid sebagai TPM? Pro seperti saya katakan ia byk membantu Zahid utk kekal
sebagai Presiden UMNO dlm pemilihan akn dtg. Kedua PAS atau Bersatu tidak boleh
lagi menuduh kerajaan campuran ini sebagai kerajaan komunis kerana ia
didominasi pimpinan Melayu.
Kon nya juga byk
apabila ia lebih memudahkan PN menyerang PH. Jika sebelum ini selling point
mereka DAP, kini mereka ada lagi senjata baru iaitu penyamun(rasuah).
Sudah tentu
Pilihanraya Padang Serai dan Tioman ini akn menerima kesannya. Apatah ketika
ini kerajaan Perpaduan belum bersedia menyusun barisan sebagai sebuah pasukan
yg mantap utk hadapi fitnah agen Israel, Islam terancam, barua Cina komunis dan
sebagainya.
Namun percayalah dlm
tempoh 3 bulan dari skg apabila kerajaan ini memulakan langkah membongkar
kebobrokan kerajaan ‘Abah’ dgn pembelajaan RM 600 billion… kepercayaan org
Melayu kpd Abah akn sikit demi sedikit terhakis.
Saya percaya jumlah
sebegitu besar dlm masa yg begitu singkat tidak mungkin tiada berlaku salah
guna kuasa. Malah ia melibatkan byk pihak. Tidak mengapa kita tunggu dan lihat.
Yg penting Anwar dan
kabinetnya tidak perlu defensive. Mereka mesti menyerang dan serangan yg paling
ampuh ialah mencari salah guna kuasa pimpinan Muhyiddin.
Ketaksuban masyarakat
hanya mampu dihakis dgn membuktikan bahawa insan2 yg dianggap suci itu jauh
menyimpang dari kata2 manis di Tik Tok. Kita kena tunjuk wajah sebenar mereka
dgn kuasa yg kita ada.
Semalam MB Pahang,
Wan Rosdy mendedahkan bagaimana pimpinan PAS menyogok beliau utk dilantik
sebagai Menteri di pusat jika sanggup menyerahkan Pahang kpd PN atau PAS
sebagai MB.
Tidak mengapa
percayalah jika PH dan BN mampu bekerjasama utk kekal sebagai sebuah kerajaan
utk tempoh 5 tahun ini, PN akn menjadi semakin lemah. Lemah atas dua faktor…
pertama kerana faktor Anwar sebagai PM memulihkan ekonomi negara, faktor kedua
membongkar salah guna kuasa kerajaan yg lalu.
——————————————————————————
Persoalannya kini apa
hujah kita melawan serangan lawan terutama di Tik Tok apabila melantik Zahid
Hamidi sebagai TPM?
Katakan sebelum ini
PAS juga bersama UMNO membentuk Muafakat Nasional. Mengapa mereka boleh PH
tidak boleh sdgkan Najib, Zahid, Tengku Adnan dan lain2 kes mereka sdg
dibicarakan di mahkamah ketika itu.
Bukankah PAS sendiri
mengatakan selagi belum dijatuhkan hukum oleh mahkamah ‘ Bos Ku’ tidak
bersalah. Jadi apa bezanya kes Najib dan Zahid.
Bagaimanapun Perdana
Menteri mestilah menjelaskan beliau tidak akn mencampuri kes mahkamah yg
dihadapi Zahid. Jika bersalah, Zahid wajid melepaskan jawatannya sebagai TPM.
Lagipun PH dan BN
bersama utk mengelakkan mudarat yg lebih besar sepertimana dilaungkan oleh
pemimpin PAS.
Dlm politik ini tiada
lawan yg kekal menjadi lawan dan tiada kawan yg kekal menjadi kawan. PAS pernah
bersama UMNO, DAP, PKR, S46, BERSATU, GERAKAN dan MCA. Jadi apa salahnya PKR
bekerjasama dgn UMNO demi mudarat yg lebih kecil.
Tak mengapa ‘game’
PAS ini kita tahu dah. RUU355, UEC & Dong Zhong, arak, judi akn dimainkan
semula. Sebab kita dah ada pengalaman dan kini jadi kerajaan mudah utk kita
patah dan serang mereka semula… tunggu.