Segerakan Perolehan Kapal Multi Role Support Ship (MRSS) – Panglima Angkatan Bersama
TLDM memerlukan sekurang-kurangnya empat kapal Multi Role Support Ship (MRSS) dengan dua buah daripada kapal itu beroperasi di Armada Barat (Lumut) manakala dua buah kapal selebihnya beroperasi di Armada Timur (Sabah).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Usaha Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memperolehi dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS) tidak boleh tergendala, malah ia perlu disegerakan, menurut Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Indera Yazid Arshad.
Menurut beliau, terdapat keperluan yang mendesak untuk memperolehi kapal MRSS dengan kadar yang segera memandangkan usia kapal MRSS sedia ada sudah berusia hampir 40 tahun.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap pihak kerajaan terus berusaha agar memastikan aset Angkatan Tentera Malaysia dapat dipertingkatkan dalam menjaga keselamatan maritim negara.
Aset ini penting bagi memastikan keperluan operasi logistik serta sokongan bantuan kemanusiaan dan bencana alam atau lebih dikenali sebagai Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) di dalam dan luar negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Tali KD Mahawangsa Sempena Pelayaran ke Lubnan Bagi Ulangbekal Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10
Yazid berkata bagi memantapkan lagi pengoperasian, TLDM memerlukan sekurang-kurangnya empat MRSS dengan dua buah daripada kapal itu beroperasi di Armada Barat (Lumut) manakala dua buah kapal selebihnya beroperasi di Armada Timur .
(Sabah Pada September 2021, bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis di Parlimen menyatakan bahawa kerajaan bercadang akan melakukan perolehan dua buah kapal MRSS untuk TLDM bermula pada tahun 2024.
Ia adalah untuk memenuhi keperluan operasi ATM menerusi kemampuan Strategic Sealift antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, seramai 203 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan pergerakan ulang bekal pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) yang bertugas di bawah misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) menggunakan kapal KD Mahawangsa.
Mereka terdiri daripada 18 pegawai, 169 anak kapal dan 16 petugas bantuan sokongan yang diketuai Kapt Mohd Amin Mat Tahir TLDM.
Penugasan itu turut melibatkan penerimaan aset tambahan iaitu enam buah trak tiga tan GS Cargo, dua buah trak satu tan ambulans serta barangan kegunaan aktiviti Civil Military Coordination (CIMIC).

No comments:
Post a Comment