PERLEMBAGAAN MENJAMIN HAK MELAYU- OLEH KERANA MELAYU BODO DAN MALAS

Perlembagaan menjamin kedudukan orang Melayu tidak akan terancam walau siapa pun memerintah.

Perkara seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa orang Melayu serta kedudukan raja-raja Melayu tidak boleh diubah hanya dengan ⅔ majoriti. Ianya mesti mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Dan YDP Agong juga mestilah lelaki, Melayu dan Islam. Bukan Melayu dan bukan Islam tak boleh nak jadi YDP Agong. Jadi orang Melayu nak takut apa?

Ini yang bercakap ni professor Agus. Seorang yang sangat arif. Jadi orang Melayu, lebih baik dengar cakap bijak pandai seperti prof daripada cakap ahli politik yang berkepentingan.

DS Anwar ada beritahu DAP sudah tandatangani perjanjian tak akan sentuh perkara perkara ini dan DS Anwar sendiri beri jaminan beliau takkan tunduk sekiranya DAP cuba menekan beliau. Jadi jangan fikir panjang lagi. Undi PH dalam PRU15 ini. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: