PENGGAL LEPAS PUN PENGUNDI SUDAH MEMILIH WAKIL DI BATU. JADINYA KEMENANGAN SELAIN KEJAYAAN PRIBADI IANYA BERKAITAN DENGAN LAMBANG PARTI

 

Biar pengundi tentukan siapa layak jadi Ahli Parlimen Batu, kata Tian Chua.



Tian Chua dan P Prabakaran akan bersaing dengan lapan calon lain,
 termasuk A Kohilan Pillay (MIC) dan Siti Kassim (calon bebas) di kerusi
 Parlimen Batu. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Bekas naib presiden PKR, Tian Chua menyerahkan kepada pengundi bagi menilai calon PKR, P Prabakaran sama ada sesuai menjadi Ahli Parlimen Batu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tian Chua berkata, Prabakaran memenangi PRU 2018 dengan sokongannya dan kini beliau perlu meyakinkan pengundi berdasarkan rekod prestasinya sebagai Ahli Parlimen.

“Kini, beliau (Prabakaran) perlu mendapatkan mandat rakyat sendiri,” kata Ahli Parlimen Batu dari 2008 hingga 2018 itu. Beliau gagal mempertahankan kerusi itu selepas pencalonannya ditolak pada hari penamaan calon.

Prabakaran menyertai PKR selepas memenangi kerusi itu atas tiket bebas. Beliau dinamakan PKR untuk mempertahankan kerusi itu menyebabkan Tian Chua bertanding sebagai calon bebas.

Parlimen Batu akan menyaksikan pertarungan paling sengit pada PRU15 dengan 10 calon, termasuk nama besar seperti Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay dan calon bebas, Siti Kasim turut bertanding di kerusi itu.

No comments: