Royalti minyak Terengganu: PH beri, BN - PN tarik balik - Raja Kamarul Bahrin

 


Royalti 5% daripada hasil petroleum Terengganu yang diperjuangkan sejak tahun 2000 selepas kerajaan BN menghentikan pembayarannya apabila negeri itu jatuh ke tangan Pas telah dipulihkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019.


Bagaimanapun, menurut Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Pas yang kemudiannya bersekongkol dalam kerajaan BN - PN boleh pula merelakan royalti tersebut dihentikan pada 2020 sehingga kini.


"Wakil rakyat
Terengganu ini di Parlimen sepatah haram pun tak memperjuangkan hak royalti kita walaupun dirampas oleh kerajaan hari ini.


"Sejarahnya kita tahu tahun 1999 Umno telah ambil royalti di Terengganu. Apabila PH jadi kerajaan pada 2019 kita telah memulangkan royalti pada Terenganu dan Kelantan, walaupun dua negeri ini dipegang oleh Pas kerana kita sayangkan rakyat dan tidak kira idealogi politik


"Tetapi malangnya apabila Tengku Zafrul telah menjadi Menteri Kewangan, royalti Terengganu telah diambil balik oleh puak puak Umno.


"Yang itu kita rasa hairan. Lebih hairan 3 Menteri Pas 5 Timbalan Menteri Pas serta duta bertaraf Menteri sepatah pun tidak membantah, mereka membisu di Parlimen," katanya dalam ceramah Jelajah Mega Harapan 2022 di Kuala Terengganu malam tadi.


Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menyelar sikap Pas yang mengkhianati rakyat dan tanpa rasa bersalah mencanangkan pentadbiran mereka di peringkat Persekutuan lebih baik berbanding PH.


"Mereka ini pengkhianat kerana lebih mementingkan kedudukan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, bukan rakyat Terengganu.


"Kita beri balik ke dia (kerajaan Pas). Kawan dalam PN (dan BN) ambil balik senyap sepi. Sebab itulah kita hari ini perlu membangkitkan semula isu royalti.


"Kalau kita jadi kerajaan semula royalti akan dipulangkan," katanya lagi.

No comments: