TUUU DIAHHH- PARTI YANG MEMIMPIN NEGARA KENA SELALU DIHADAPAN BAIK PERSIAPAN MINDA DAN JUGA FIKIRAN. INI NAK PILIHANRAYA DOK KALUT LAGI SOKONG SIAPA TOLAK SIAPA . MACAMANA NAK PERINTAH NEGARA KALAU HARU BIRU LAGI ?

 

PH selesai agih hampir semua kerusi PRU15, kata Rafizi.







Rafizi Ramli berkata, keputusan pembahagian kerusi akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH pada Rabu ini.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan pembahagian hampir semua kerusi dalam kalangan parti komponennya bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ketika ini, semua negeri menyelesaikan pembahagian kerusi, kecuali Kedah dan Sabah yang masih berunding dua atau tiga kerusi, dan keputusan rundingan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH pada Rabu ini.

“Kita yakin dapat selesaikan menjelang Rabu ini. Untuk kerusi Parlimen, PKR, Amanah dan DAP bakal mendapat tambahan kerusi pada PRU15, yang mana 52 kerusi di Semenanjung yang dulunya ditandingi Bersatu pada PRU14, akan dibahagikan kepada semua parti dalam PH.

“Bagi Sarawak, tidak menjadi isu sangat sebab Bersatu tidak bertanding di situ pada pilihan raya lepas…jadi tidak banyak beza dari segi agihan. Cuma di Sabah, kita kena berunding dengan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) yang sebelum ini, parti itu bukan dalam PH. Itu makan masa sikit,” katanya dipetik Bernama selepas sesi Town Hall di George Town, Pulau Pinang semalam.

No comments: