DIA PUNYA ANGKUH- DIA INGAT RAKYAT GOMBAK NAK UNDI DIA LAGI KAH ? Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan

 



Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi isyarat sedia mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) walaupun terdapat spekulasi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengubah angin untuk bertanding di kawasan tersebut.

Azmin tidak menamakan individu tersebut yang bakal menjadi pencabarnya pada PRU-15 bagaimanapun secara sinis mengalu-alukan sekiranya PKR mahu meletak isteri atau anak pemimpin parti itu untuk melawannya di Gombak nanti.

“Ada orang sudah minat nak datang Gombak, silakan. kita tak takut… nak hantar isteri pun boleh nak hantar anak pun boleh kalau berani hantar diri sendiri,” katanya semasa pelancaran jentera pilihan raya Bersatu Selangor hari ini.

Untuk rekod, Anwar sudah menyatakan hasratnya untuk mencari kerusi Parlimen baharu pada PRU-15 nanti, beberapa kerusi sudah diintai tetapi setakat ini masih belum membuat keputusan walaupun terdapat cadangan supaya bertanding di Bagan Datuk tempat anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ahli Parlimen Pandan, sementara Nurul Izzah Anwar pula Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas memenangi PRU-14 lalu.

Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu menafikan dirinya sebagai seorang pengkhianat parti sebaliknya beliau dipecat parti.

Dalam pada itu, Azmin mengungkit kembali episod krisis politik pada 2014 apabila PKR melancarkan Langkah Kajang dengan hasrat untuk menukar Menteri Besar dengan meletak Anwar sehingga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Lee Chin Cheh dipaksa berundur.

Pengunduran ADUN Kajang tersebut diatur bagi memberi laluan untuk Anwar bertanding dan seterusnya menjadikannya MB Selangor yang baharu memandangkan ketika itu kes Liwat II yang sedang dihadapinya.

“Saya nak tanya siapa pengkhianat sebenarnya? Ingat rakyat sudah lupa… Seorang individu yang bernama CC Lee betul masuk dalam pilihan raya umum secara demokratik dipilih oleh rakyat diangkat menjadi wakil rakyat DUN Kajang.

“Akhirnya CC Lee diarah oleh manusia dengan rakus ini kamu letak jawatan sebab aku nak bertanding aku nak jadi Menteri Besar Selangor… Apakah ini bukan khianat mandat rakyat?” katanya lagi.

No comments: