POLEMIK BANGGUNAN FIRAUN SAMPAI SINI SAHAJA




Ustaz Au'ni B.Mohamed

peostrdoSng7d5Y1y10723a2e ttthtsr :efa53f2t9igut7  · 

POLEMIK KETINGGIAN MENARA FIRAUN 15KM

Persoalan paling dasar :

Apakah benar ketinggiannya mencapai 15km atau cuma setinggi 2.25km?

Pertamanya plot penulisan ini lebih kepada pencarian dan penelitian khusus untuk diri saya sendiri disamping secara umumnya memang ada pertanyaan dan persoalan daripada beberapa orang follower terkait dengan isu diatas.

Secara jujurnya penulisan ini adalah cuma berkisar kepada dapatan hasil dari pencarian dan penelitian peribadi semata mata. Tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak atau bias kepada sesiapa.

Lebih jauh untuk menghukum atau mencari kesalahan sesiapa.sekadar mencari tahu mungkin kedapatan ilmu dan pengetahuan baru dari hasil pencarian ini.

Perbahasan ini saya tumpu dan tekankan kepada tafsir surah al qasas ( merujuk ayat 38 )

1. Saya telah mencari dan meneliti hampir 15 buah kitab tafsir yang berbeza dan saya berhenti pada kitab tafsir yang ke 15.

Antara tafsir yang dirujuk:

1. Tafsir at thabari

2. Tafsir AL Qurtubi

3. Tafsir ibnu Kathir

4. Tafsir Baghawi

5. Tafsir ruhul Maani Al Alusi

6. Tafsir mafatihul ghaib Ar razi

7. Tafsir durrul Mansur as suyuthi

8. Tafsir ibnu Abi Hatim

9. Tafsir baidhawi

10. Tafsir an nasafi

11. Tafsir Fathul Qadir as syaukani

12. Tafsir Bahrul muhit Ibni Abi Hayyan

13. Tafsir as tsa'labi

14. Tafsir Tahrir wa tanwir ibnu Asyur

15. Tafsir As samarqandi

Secara keseluruhan kebanyakkan tafsir diatas hanya memperihalkan ketinggian menara yang dibina Haman itu secara umum sebagai bangunan atau menara tinggi yang tidak pernah dibangunkan oleh manusia lain sebelum itu. Tanpa memperincikan dan memberi spesifikasi secara jelas tentang ukuran baik berupa ketinggian atau lebarnya.

2. Sebelum kita pergi keperbahasan lebih lanjut tentang ketinggian ada baiknya saya nukilkan dahulu perbezaan pandangan dan pendapat dari ulama tafsir berkaitan isu :

Adakah binaan dan menara ini memang pernah dibina oleh Haman atau pun tidak?

Ada ulama berpendapat pernah dibina...dan pandangan yang kedua adalah kontra daripada yang pertama iaitu tidak pernah dibina ( tanpa menafikan adanya perintah pembinaan daripada Firaun kepada Haman ) cuma tidak dapat dilaksanakan.

3. Sekiranya anda selesa memilih pandangan ke2 iaitu tidak pernah dibina.maka ini merupakan titik penamat.tiada guna membahaskan soal ukuran tinggi atau lebar kepada sesuatu yang anda kira ianya tidak wujud atau tidak pernah dibangunkan...simple

4. Kalau anda selesa dengan pandangan pertama yang ianya pernah dibina dan dibangunkan maka ini yang nak kita bicarakan..

Hasil carian saya ada 2 buah kitab tafsir yang memperihalkan tentang jumlah pembina/ pekerja yang diriwayatkan berjumlah 50000 orang.Dalam Qurtubi disebut qiila...manakala dalam tafsir nasafi disebut ruwiya...

Tetapi jumlah pekerja bukan perbahasan kita walau saya nyatakan disini sumbernya tetapi bukan untuk mentashihkan atau mengiyakannya.sekadar menaqalkan kembali sahaja.

5. Manakala tentang ukuran baik sudut ketinggian atau lebarnya ...sayai hanya temui didalam tafsir ke15...iaitu tafsir samarqandi.

Tafsir ini adalah karya imam Abu laith as samarqandi ( wafat 373 h ) yang diberi judul Bahrul ulum.

Mungkin ramai yang tidak mengenali tafsir ini berbanding karya beliau Tanbihul Ghafilin.

Didalam menafsirkan surah Al qasas ayat 38

Beliau memperihalkan lewat karyanya ini dengan memberikan spesifikasi ukuran ketinggian dan lebarnya binaan tersebut.

IAITU:

Ketinggian : 5000 hasta

Lebarnya : 3000 hasta

( Rujuk screenshot garis merah ) gambar

Jadi .dalam kiraan congakan saya yang tak berapa pandai matematik ini...kalau ditukarkan ukuran tinggi 5000 hasta tadi dalam nilai km...maka jawapan yang terhasil adalah lebih kurang 2.25km. ( betulkan saya kalau ada khilaf pada dapatan congakan saya )

Maka 5000 hasta = 2.25km

Tetapi saya masih mengandaikan satu perkara...iaitu adakah kiraan hasta orang zaman itu mempunyai nilai yang sama dengan ukuran hasta kita sekarang?

Kalau saya perlebihkanlah sedikit katakan...atas andaian mereka mungkin lebih besar dari size kita pun ...anggaran yang mampu diberi masih bertakuk pada antara:

2.25km - 2.5km

Sama seperti pegangan tentang jumlah pekerja ...riwayat ini pun cuma saya sekadar menaqalkan sumber bukan untuk mentashihkan atau mengiyakan.

Saya tidak berani untuk memperkatakan lebih jauh memandang sumber saya hanya setakat 15 tafsir dan banyak lagi koleksi tafsir yang tidak diperhalusi.bimbang dan takut adanya kemungkinan ada periwayatan lain yang menceritakan sebaliknya... Wallahua'lam.

Sekadar perkongsian sederhana dari saya.

23/6/2022

 

No comments: