HAAAA...TU DIAAA....SAPA SOKONG UMNO LAGI TERMASUK LAH PN...MEMANG TAK SELESAILAH MASAALAH HARGA BARANG NAIK....WALAUN DAN UNCAI SEMUA DIAM DAH BAB REGA BARANG NAIK NI.

 



Langkah gugur Tajuddin ‘amaran’ bagi golongan sealiran PM, kata penganalisis






Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman (kiri) dipercayai berada dalam kem Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

PETALING JAYA: Pengguguran Tajuddin Abdul Rahman daripada Majlis Kerja Tertinggi Umno menjadi “amaran” bagi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan mereka yang sealiran dengannya, kata seorang penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, langkah itu dimaksudkan sebagai mesej yang jelas mengenai “siapa yang membuat keputusan dalam Umno”.

Tajuddin dikatakan pro-Ismail, yang menurut Fauzi menjadi jelas susulan pelantikannya sebagai duta ke Indonesia.

“Jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) terus ditangguhkan, mereka berisiko digugurkan daripada senarai calon, yang memerlukan kelulusan Zahid,” kata Fauzi kepada FMT, merujuk kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Zahid sebelum ini menggesa PRU15 diadakan secepat mungkin.

Fauzi berkata, pengguguran Tajuddin menyokong spekulasi bahawa wujud “perpecahan serius” dalam kepimpinan Umno.

Satu lagi sumber yang mengesahkan pengguguran Tajuddin juga bersetuju dengan Fauzi bahawa ia adalah “tembakan amaran” yang dimaksudkan untuk mereka yang sealiran dengan Ismail dalam MKT.

“Perang telah bermula,” katanya.

Pengguguran Tajuddin daripada MKT terbongkar menerusi surat tersebar di media sosial yang dilihat FMT.

“Presiden melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri (Tajuddin) sebagai ahli MKT Umno,” menurut surat bertarikh 21 Jun itu.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, ini akan memberi gambaran seolah-olah Tajuddin tidak disenangi oleh puak arus perdana dalam Umno, maka keahliannya dalam MKT “ditamatkan”

No comments: