MANA NAK DENGAR....MELAYU ISLE KAN.....MEREKA DENGAN KRONI KRONI MEREKA SAHAJA...SEDANGKAN MP PEMBANGKANG JUGA TAK MELALAK SAKAN...

 

Beku kenaikan gaji, elaun di GLC dan GLIC, kata Kit Siang



Veteran DAP Lim Kit Siang berkata, Jemaah Menteri dan Parlimen mesti menyampaikan mesej yang jelas bahawa sekarang adalah masa untuk mengikat perut, bukan ‘membazir’.

PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Jemaah Menteri supaya membekukan semua kenaikan gaji dan elaun bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sehingga ekonomi negara kembali pulih.

Beliau menggesa Jemaah Menteri agar mengeluarkan arahan berhubung perkara itu dan membentangkannya dalam sesi Parlimen pada 18 Julai depan bagi mendapatkan kelulusan.

Katanya, mereka yang melanggar arahan itu harus dipecat.

Ini susulan keputusan FGV Holdings Bhd, iaitu entiti yang dimiliki 80% oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), untuk menaikkan elaun tahunan pengerusinya daripada RM300,000 kepada RM480,000 pada mesyuarat agung tahunannya semalam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Elaun enam ahli lembaga pengarahnya turut dinaikkan daripada RM120,000 kepada RM150,000, berkuat kuasa semalam.

“(Kenaikan) ini bukan sahaja berlebihan pada waktu negara sedang bergelut dengan kesukaran ekonomi, tetapi terlampau tidak masuk akal dan perlu disekat oleh Jemaah Menteri dan Parlimen,” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

Beliau berkata, Jemaah Menteri dan Parlimen mesti menyampaikan mesej yang jelas bahawa sekarang adalah masa untuk mengikat perut, bukan “membazir”.

Tambahnya, keputusan FGV itu dibuat hanya sehari selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 untuk keluarga dan RM50 untuk penerima bujang.

Pada mesyuarat agung tahunan FGC itu, peruntukan mengenai penggunaan kereta syarikat oleh pengerusi turut diluluskan dengan elaun kenderaan tahunan sebanyak RM180,000 untuk minyak, tol dan penyelenggaraan.

Elaun urusan rasmi sebanyak RM1,000 sehari turut diberikan kepada pengerusi dan pengarah bukan eksekutif syarikat untuk menghadiri mesyuarat dengan wakil kerajaan atau pihak ketiga seperti perunding, pegawai bank dan penasihat.

FGV adalah antara pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia dan menyumbang kira-kira 15% daripada jumlah pengeluaran tahunan Malaysia.


No comments: