BUDI SEORANG ANWAR


MSO







Kelebihan dan budaya yang ada kepada Anwar yang jarang dimiliki orang lain bernama pemimpin, sering mengadakan lawatan dan ziarah teman-temannya keuzuran baik seperjuangan atau teman sesekolah.

Bila ada kesempatan terulang beliau akan menziarah sesiapa sahaja. Ramai tidak tahu Anwar akan mengambil berat dengan menyediakan waktu khas untuk tujuan itu. Menziarahi rakan uzur termasuk dalam jadual kehidupannya.

Semalam beliau ziarah cikgu Ishak Surin, sdr Rozan dan seorang kawan sekolahnya di MCKK. Sudah tentu sikap mahabbahnya itu sedikit sebanyak menjadi penawar kbagi rakan yang sakit itu dan terlepas rindu yang tersimpul.

Saya sendiri merasai akan kehebatan budi Anwar ini. Semasa saya sakit, beliau dalam penjara, tidak mungkin untuk menziarahi saya. Tetapi bila beliau diberitahu, semasa hadir perbicaraan di mahkamah beliau cari ruang untuk bertanya hal saya. Beliau minta sdr Syed Nazli menelefon saya dan beliau bertanya tentang saya.

Begitulah budi seorang Anwar. Trims.

 

No comments: