Saya pernah bagi tau kawan saya bahawa lebai-lebai songsang ni
boleh jadi lebih jahat dari pelacur.
Dia tanya sebab apa?
Saya jawab, para pelacur merosakkan orang-orang yang sememangnya
telah jauh dari agama, kaki zina, kaki maksiat dan seumpamanya.
Ada pun lebai-lebai songsang ini merosakkan orang-orang yang
baik, orang masjid, orang yang ada kecintaan pada agama. Mereka boleh
menukarkan perwatakan orang yang baik ini menjadi seorang pembunuh yang
membunuh kononnya atas nama agama. Mencela kononnya atas nama agama. Membenci
kononnya atas nama agama. Memfitnah kononnya atas nama agama. Memaki hamun
kononnya atas nama agama. Berbohong kononnya atas nama agama. Menyalahguna
kuasa kononnya atas nama agama. Korupsi kononnya atas nama agama.
Bukan itu lebih besar mudharatnya?
Kawan saya tu pun bersetuju.