KEH..KEH..KEH...ZAMAN DIA LA GAMAKNYA PULAU NI TELEPASR

 

Kehilangan Pulau Batu Puteh kesilapan kerajaan Johor - Dr Mahathir


Umavathi Ramayah
Kehilangan Pulau Batu Puteh kesilapan kerajaan Johor - Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad mendakwa kenyataannya yang mendesak Malaysia untuk menuntut semula Riau dan Singapura telah dilaporkan di luar konteks.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kenyataannya yang mendesak Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura kerana kedua-dua wilayah itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu telah dilaporkan di luar konteks.
Sebaliknya, bekas perdana menteri itu menjelaskan, kenyataan beliau hanya merujuk kepada Pulau Batu Puteh yang pemilikannya menjadi kebimbangan rakyat Malaysia berbanding wilayah lain yang sebelum ini diambil dari Malaysia.
Menurutnya, kehilangan pulau kecil itu bukanlah satu perkara besar dan ia merupakan kesilapan kerajaan Johor yang menafikan pemilikan pulau itu.
"Sekiranya penafian itu tidak dibuat maka tidak akan ada pertikaian pada ketika ini. "Malaysia seharusnya bersyukur dengan keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menganugerahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada Malaysia dan ia tidak dituntut semula Indonesia.
"Sungguh, kita tidak bersyukur dengan keuntungan yang diperoleh.
"Kedua-dua pulau ini mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding Pulau Batu Puteh yang hanya merupakan batu," katanya dalam perkongsian melalui akaun Instragram pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan, Dr Mahathir ketika berucap dalam sebuah kongres pada Ahad lalu berkata, bukan hanya Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh harus dikembalikan, sebaliknya mencadangkan supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura.
Tegasnya, ia kerana, Riau dan Singapura adalah sebahagian Tanah Melayu berdasarkan sejarah.

No comments: