TAK PECAH LA TIAN CHUA...YANG PECAH KALAU KARTEL ADA LAHGI DALAM PKR DAN ITU AMAT DISEDARI.....

 


Tian Chua tempelak Rafizi, strategi kempennya boleh pecah belahkan PKR

Tian Chua tempelak Rafizi, strategi kempennya boleh pecah belahkan PKR

Bekas ahli parlimen Batu, Tian Chua memberi amaran bahawa pendekatan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung boleh memecahbelahkan parti.

Tian Chua berkata pendekatan Rafizi membuat pemimpin PKR perlu berpihak kepada pemimpin tertentu, dan ia tidak memberi petanda baik kepada parti itu.

Ini berikutan Rafizi mengkritik pendekatan “khemah besar” Pakatan Harapan (PH) semasa kempen pemilihan parti.

“Pemilihan parti bukanlah tempat untuk perpecahan dasar. Bukan sama ada anda menyokong atau membantah strategi khemah besar, anda mesti memilih pihak, yang akhirnya akan memecahbelahkan parti,” kata Tian Chua seperti dipetik akhbar China Press dalam sebuah wawancara.

Tian Chua, yang tidak bertanding dalam pemilihan parti kali ini, menawarkan pandangan ‘orang luar’ mengenai pemilihan parti yang hangat dipertandingkan.

Tian Chua, yang sebelum ini menyandang jawatan naib presiden PKR, berkata Rafizi menentang amalan parti yang telah lama wujud.

Tambahnya, Rafizi tidak melibatkan dirinya dalam proses membuat keputusan parti sebaliknya lebih suka bersuara dalam isu rumit yang hanya menyukarkan mereka.

Tian Chua berkata pendekatan ‘khemah besar’ jika dilaksanakan, boleh mempunyai pelbagai bentuk gabungan.

Tambahnya, ia boleh melibatkan Muda, Warisan, Pejuang atau kemungkinan persefahaman aturan kerusi dengan Bersatu.

Tambahnya, mereka tidak bertelagah tetapi isu itu tidak harus diputuskan dengan “berteriak di atas pentas”.

Rafizi akan menentang Saufiddin Nasution Ismail untuk jawatan timbalan presiden.

Saifuddin memberi jaminan di bawah kepimpinannya, pemimpin yang kalah dalam pilihan raya tetap mendapat tempat dalam parti.


No comments: