HENTIKAN LAH ANGAN ANGAN KHEMAH BESAR. TIGA PENJURU BEEI KESWIMBANGAN PADA SEMUA.

 

Berdasarkan realiti bahawa UMNO telah menolak Bersatu, Pas tidak mahu bekerjasama dengan PH dan DAP serta Amanah enggan menerima Pas sebagai rakan kerjasama, pertandingan satu lawan satu dalam PRU15 akan datang hampir mustahil menjadi kenyataan.

Hanya Bersatu yang menyatakan sedia bekerjasama dengan sesiapa saja bagi hasrat menumbangkan BN, tetapi haruslah diingat Pas adalah komponen penting dalam PN bersama-sama dengan Bersatu.

Jika Pas berkeras dengan pendiriannya, susah juga untuk Bersatu ingin bekerjasama dengan PH.

Meskipun Bersatu yang memimpin PN, namun Pas adalah parti yang lebih besar dan ramai ahlinya berbanding parti serpihan UMNO pimpinan Mahiaddin Md Yasin itu.

Demi survival PN, Bersatu tidak mungkin akan membuat keputusan yang meminggirkan pendirian Pas kerana jika Pas merajuk, ia lebih merugikan PN secara keseluruhannya.

Daripada segi PH, hanya Amanah, terutama Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin lainnya yang beria-ia mahukan konsep khemah besar menjadi kenyataan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebaliknya tegas menolak untuk bekerjasama dengan parti yang ada dalam kerajaan sekarang seperti Pas dan juga Bersatu.

DAP turut menolak untuk bekerjasama dengan Pas dan Bersatu berikutan sejarah pengkhianatan dan tikam belakang kedua-dua parti itu sebelum ini.

Dalam PKR pula jelas ada dua pendirian, satu kelompok setuju rundingan diadakan sementara satu kumpulan lagi tegas dengan pendirian lawan tetap lawan.

Dengan semua kecelaruan di atas, tambahan lagi jika Rafizi Ramli yang menang sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti hujung bulan ini, adalah jelas bahawa pertandingan tiga penjuru – BN, PN dan PH – merupakan realiti yang harus diterima oleh semua.

Pertandingan satu lawan satu untuk menjatuhkan BN yang mengetuai kerajaan sekarang tampak sudah mustahil menjadi kenyataan.

Benarkan BN ada kelebihan kiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU15 akan datang?


DAP turut menolak untuk bekerjasama dengan Pas dan Bersatu berikutan sejarah pengkhianatan dan tikam belakang kedua-dua parti itu sebelum ini.


Dengan semua kecelaruan di atas, tambahan lagi jika Rafizi Ramli yang menang sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti hujung bulan ini, adalah jelas bahawa pertandingan tiga penjuru – BN, PN dan PH – merupakan realiti yang harus diterima oleh semua.

Pertandingan satu lawan satu untuk menjatuhkan BN yang mengetuai kerajaan sekarang tampak sudah mustahil menjadi kenyataan.

Benarkan BN ada kelebihan kiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU15 akan datang?

Benarkah juga PH dan PN tiada peluang langsung untuk menang jika bukan bertanding satu lawan satu menentang BN?

Secara kasarnya, pertandingan tiga penjuru memberi peluang yang seimbang kepada semua parti untuk menang PRU15 akan datang.

Meskipun BN menang cemerlang dalam PRN Melaka dan Johor, hakikatnya undi yang diterima gabungan itu tidak pun bertambah, malah disumbangkan oleh peratusan turun mengundi yang rendah.

Lagi pula dua PRN itu hanya pilihan raya peringkat negeri yang mungkin tidak memberi cukup rangsangan kepada rakyat keluar mengundi dan melakukan perubahan.

Kalau dalam PRU14, PH berjaya memenanginya di sebalik juga berlaku pertandingan tiga penjuru dan BN ketika itu merupakan gabungan yang lebih besar, kenapa sekarang jadi takut berdepan dengan mereka dalam keadaan BN hanya tinggal ada empat saja lagi parti di dalamnya?

Begitu juga jika PN dianggotai oleh parti yang pernah khianat dan tikam belakang, apakah susah


Begitu juga jika PN dianggotai oleh parti yang pernah khianat dan tikam belakang, apakah susah sangat bagi meyakinkan pengundi untuk menolak kedua-dua parti itu?

Dalam hal ini, kelemahan PH yang agak ketara sejak tahun-tahun kebelakangan ini ialah kurang gigihnya usaha dan perjuangan mereka dalam mengangkat suara rakyat ke tempat yang sewajarnya.

Berbanding UMNO yang nampak lebih agresif membela rakyat, misalnya dalam tuntutan pengeluaran KWSP dan pelbagai isu setempat di peringkat negeri dan bahagian, PH agak tersisih dalam perjuangan ini.

Asyik-asyik yang ghairah diperjuangkan oleh mereka yang suka mengeluarkan kenyataan media ialah berkaitan khemah besar, sedangkan ia bukan isu utama yang melibatkan kepentingan rakyat dan bukan juga benar-benar dikehendaki rakyat.

Walhal, dengan adanya MOU bersama kerajaan, PH sepatutnya lebih mempunyai ruang untuk memperjuangkan sesuatu perkara kerana ia lebih mudah dipenuhi untuk dilaksanakan.

Sebaliknya, khemah besar itu lebih menampakkan untuk menyelamatkan nasib diri sendiri dan jawatan mereka yang pernah jadi menteri sebelum ini.

Lebih memalukan lagi, dalam dua PRN sebelum ini, PN yang didakwa ramai pengkhianat dan kaki tikam belakang di dalamnya turut berjaya mendahului PH daripada segi sokongan pengundi.

Mujur dengan kembalinya Rafizi dalam arena politik dan bertanding jawatan nombor dua dalam PKR, ternampaklah sikit perjuangan mengangkat suara rakyat itu kembali menjadi keutamaan.

Mahu tidak mahu, dalam tempoh berbaki beberapa bulan lagi sebelum PRU15, PH dan PKR khususnya, jika mahu ada tempat di hati masyarakat terbanyak, mereka mestilah lebih agresif dan gigih memperjuangkan isu-isu tentang kepentingan rakyat.

Lupakan khemah besar dan bersama slogan perjuangan PKR yang merupakan peneraju PH iaitu lawan tetap lawan, maka teruskan melawan sambil menawan hati rakyat sehingga kemenangan dapat ditawan. – ShahbudinHusin 03/05/2022.

No comments: