KOBOI PUN ADA DAH DI MALAYSIA

 

Polis cari lelaki bawa ‘senjata’, pemilik akaun Tiktok





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis mengesyaki lelaki itu peserta festival animasi yang berlangsung di sebuah pusat di Petaling Jaya, baru-baru ini.

PETALING JAYA: Polis mengesan pemilik akaun TikTok dan individu yang membawa ‘senjata’ seperti dalam rakaman video yang tular semalam, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata rakaman berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak baju menampakkan satu objek menyerupai senjata diselitkan di seluarnya.

“Berikutan itu, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video itu dan dipercayai kejadian berlaku dalam pusat beli belah di daerah ini yang mana terdapat penganjuran festival animasi selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mei lalu.

“Lelaki dalam rakaman berkenaan disyaki salah seorang peserta yang turut menggayakan watak animasi semasa hadir ke festival itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Ads by Kiosked

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan pemilik akaun media sosial terbabit dan individu dalam rakaman untuk membantu siasatan.