Sdr Rafizi Ramli calon
Timbalan Presiden PKR telah cadangkan agar permit import AP makanan dimansuhkan
sejak 2015 lagi..!!!
Tahukah anda Najib Razak
mengenakan permit import (AP) untuk membawa masuk makanan? Majoriti barang
makanan Malaysia diimport. Bila AP dikenakan ke atas sesuatu, harga akan naik
(macam AP kereta). Jadi nak turun harga barang, hapuskan AP makanan! Sebarkan.
HAPUSKAN PERMIT IMPORT (APs) BARANG MAKANAN UNTUK MENURUNKAN
HARGA BARANG
Malaysia bergantung kepada import barang makanan yang mempunyai
kesan besar kepada harga makanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Harga
barang makanan import ini mempengaruhi harga barang makanan yang dikenakan oleh
pengusaha restoran dan harga barang makanan yang dibeli oleh orang ramai bagi
kegunaan di rumah.
Dalam jawapan di Parlimen dalam tahun 2013, Kementerian
Pertanian mengakui bahawa bagi tempoh sepuluh tahun di antara 2002 hingga 2012,
Malaysia membelanjakan RM221.81 bilion untuk mengimport makanan iaitu purata
RM22 bilion setiap tahun. Jenis-jenis makanan yang diimport termasuk beras,
gandum, gula, daging, hasil tenusu, koko, bijirin, sayuran, buah-buahan,
makanan siap dan lain-lain.
Oleh yang demikian, harga barang makanan di negara ini banyak
dipengaruhi oleh harga barang makanan import yang dibawa masuk. Harga barang
makanan import pula dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu kawalan pasaran
melalui permit import (approved permits) dan kadar tukaran matawang (selain
dari turun naik harga barang makanan di pasaran dunia).
Ramai yang tidak memahami bahawa dasar Barisan Nasional yang
mensyaratkan pengimportan barang makanan memerlukan permit import (AP) telah
menaikkan harga barang seperti mana AP bagi kereta menyebabkan harga kereta
mahal di negara ini. Permit import ini menyebabkan hanya orang dan syarikat
tertentu sahaja yang boleh mengimport makanan dan menghasilkan monopoli yang
boleh mengawal harga makanan tempatan.
Contoh AP makanan yang terbaik adalah AP gula dan AP beras yang
kedua-duanya dikawal oleh kroni besar Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
Kedua-dua harga barang makanan ini dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar disebabkan
AP gula dan beras yang diberikan oleh Barisan Nasional kepada beliau.
Rakyat perlu mengetahui bahawa pada ketika ini Barisan Nasional
mensyaratkan bahawa 2,428 barang import perlu mendapatkan permit import (AP)
yang menyebabkan hanya sesetengah syarikat sahaja yang mengawal pasaran. Selagi
adanya permit import (AP) untuk membawa masuk makanan ini, selagi itulah harga
barang makanan di Malaysia tidak boleh mengikuti harga pasaran.
Keadaan ini bertambah sukar sekarang dengan penurunan mendadak
matawang ringgit yang menyebabkan harga barang makanan yang diimport menjadi
lebih mahal. Jika tidak berhati-hati, kawalan pasaran oleh pemegang-pemegang
permit import (AP) ini membolehkan mereka menaikkan harga dengan menggunakan
alas an penurunan matawang ringgit.
Kedua-dua faktor ini (permit import dan kadar matawang) adalah
kesan langsung dari dasar pentadbiran Barisan Nasional. Permit import
dilaksanakan oleh Barisan Nasional yang mengkayakan beberapa orang kroni dan
kadar matawangnyang menjunam adalah kelemahan pengurusan ekonomi negara di
bawah Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya system permit import ini
dimansuhkan untuk membolehkan barang makanan import dibawa masuk pada harga
yang tidak dikawal oleh beberapa pihak sahaja. Saya juga mencabar supaya
Barisan Nasional mendedahkan semua pemegang permit import (AP) makanan supaya
rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya yang mengawal pasaran makanan di
negara ini.