SENARAI YANG BODO SEKARANG BERADA DALAM KERAJAAN

 

Isham jawab Tony Pua, senarai ‘kebodohan’ pemimpin PH




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil secara berseloroh mempersoalkan sama ada Tony Pua sebelum ini merujuk kepada kenyataan dan dasar yang dibuat oleh menteri PH ketika gabungan itu mentadbir.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) menyenaraikan 18 “kebodohan” menteri Pakatan Harapan (PH) bagi menjawab dakwaan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua bahawa Malaysia tidak mempunyai “menteri bijak”.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil secara berseloroh mempersoalkan sama ada Pua merujuk kepada kenyataan dan dasar yang dibuat oleh menteri PH ketika gabungan itu mentadbir negara selama 22 bulan.

Isham menyenaraikan 18 perkara, termasuk gesaan bekas menteri industri utama Teresa Kok supaya rakyat minum satu sudu minyak sawit sehari untuk awet muda, bantuan RM30 yang diumumkan oleh bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dan pengenalan kereta terbang oleh bekas menteri pembangunan usahawan Mohd Redzuan Md Yusof.

Turut tersenarai adalah “kejayaan besar” bekas menteri pendidikan Maszlee Malik yang mengubah penggunaan kasut sekolah berwarna putih kepada hitam, “manifesto bukan kitab suci” oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan kekaguman bekas menteri wilayah persekutuan PH terhadap operasi Transit Aliran Massa (MRT) yang tidak memerlukan pemandu.

Pada majlis kutipan derma DAP di Petaling Jaya malam tadi Pua mendakwa Malaysia tidak mempunyai “menteri yang bijak” kerana orang bijak cenderung untuk menghindari politik.

“Apabila orang bijak tidak sertai politik, siapa yang jadi perdana menteri? Orang yang tidak bijak,” kata Pua.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat “menteri yang tidak bijak” dalam PH dan Barisan Nasional (BN) tetapi “menteri BN lebih kurang bijak”.

Beliau berkata, faktor penting kejayaan PH dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kebolehannya menarik orang yang bijak menceburi politik.

Katanya, rakyat Malaysia cenderung untuk tidak menggalakkan anak-anak mereka menceburi politik kerana ia “teruk dan kotor”, sekali gus menyebabkan ramai pelajar yang bijak menghindarinya.