Unchai, ni aku nak tanya. Gaji korang ada RM5,200 sebulan? Atau paling tidak RM2,000 sebulan. Ada tak? Tak ada? Lemaaahhh!!!Lain kali jangan setakat sokong UMNO. Korang kena jadi pemimpin UMNO. Baru boleh dapat gaji besar. Macam Zahid ni.Sebulan dapat S$200,000 tau. Tak cukup, dinaikkan pulak sampai S$520,000. Itu kalau convert paling tidak pun RM1.5 juta tau!Itu baru 'duit tepi'. Belum kira gaji pokok sebagai MP dan Timbalan PM lagi. Fuh! Masyukkk! Tapi aku kesian la kat penyokong dia.Bermatian sokong dia, tapi hidup merempat. Nak shopping pun tunggu BR1M.
Sedangkan mangkuk ni senang-senang jadi jutawanKorang fikir la... Bila syarikat kena bayar duit rasuah sebegitu banyak, bagaimana mereka nak cover semula dapatkan keuntungan?Haaa... Bijak pun! Tentulah dengan naikkan harga barang. Akhirnya, yang susah, kita rakyat juga. Yang kaya, mereka dan keluarga mereka.Kes ini satu contoh saja.
Ada banyak lagi kes lain yang melibatkan kepentingan rakyat rasanya juga ada kes yang sebegini.Sampai bila nak jadi begini? Sokong mereka yang rasuah. Rupanya hidup kita susah pun disebabkan rasuah yang mereka ambil.Negara ini dan hidup kita semua, takkan sejahtera selagi rasuah berleluasa dan perasuah diangkat jadi pemimpin negara. Guane boh?