HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG SORONG. DIMANA KEKUATAN PAS JIKA BERTANDING BERSENDIRIAN?

 


Selepas Umno Terengganu umum tanding semua kerusi, PAS masih mahu bincang





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 


PAS Terengganu cuba mengadakan pertemuan bersama Umno negeri,
 namun percubaan itu masih gagal.

PETALING JAYA: “Mungkin Umno sibuk,” kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Husain Awang berhubung dua jemputan untuk berbincang dengan Umno negeri itu tidak disambut sehingga kini.

Biarpun sebelum ini, Umno Terengganu mengumumkan pendirian parti itu bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk lapan Parlimen pada pilihan raya umum akan datang, Husain dilihat enggan “berpatah arang”.

Umno Terengganu turut mengatakan semangat Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS di negeri itu tidak pernah wujud.

“Kita cuba untuk mengadakan pertemuan atau kerjasama tetapi percubaan-percubaan itu tidak dapat dilakukan lagi sehingga hari ini, mungkin Umno sibuk.

“Berkenaan sikap Umno yang mendakwa MN tidak wujud di Terengganu, saya tidak mahu campur kerana PAS masih mahu meneruskan kerjasama itu,” kata Husain menurut laporan Utusan Malaysia.

Semalam, Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad, berkata lima pemimpin tertinggi parti termasuk Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah mengadakan perbincangan mengenai pendirian Barisan Nasional (BN) serta Umno negeri.

“Kita juga sudah memutuskan untuk keluar daripada gabungan MN. Jadi, tiada keperluan untuk kita bincang mengenai pengagihan kerusi,” katanya menurut laporan Berita Harian.


No comments: