SIRI JELAJAH RAFIZI DAPAT SAMBUTAN HANGAT

 

Terima kasih kepada semua anggota akar umbi KEADILAN dari seluruh negara yang keluar beramai-ramai untuk berdialog dengan saya dan sahabat-sahabat.

Dalam masa 5 hari, kami turun bertemu anggota akar umbi di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulang Pinang dan Perak.

Kami membuat keputusan berisiko untuk mengadakan pertemuan di siang hari semasa bulan Ramadhan supaya kempen kami tidak bermewah dengan jamuan di hotel-hotel. Mesej kami ialah KEADILAN perlu kembali ke asal kelahiran kita iaitu sebuah gerakan rakyat yang membuang budaya politik ala Umno (bermewah dan bertema bangsawan).

Alhamdulillah sambutan dari anggota cukup memberangsangkan. Kami diberi bekal di setiap tempat yang kami singgahi.


Di Terengganu, kami dibekalkan dengan kuih raya. Di Kelantan, selain kuih, kami diberi bekal berbuka puasa. Kami singgah di Jeli untuk duduk makan beramai-ramai di atas lantai.

Di Kedah, kami diberi bekal lemang dan serunding. Kawan-kawan Perlis memberi bekal harum manis 🤣

Saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan berbuka puasa di semua tempat yang kami singgahi. In Sha Allah di lain kesempatan.

Saya berasa tenang dapat bersua muka kembali dengan sahabat-sahabat lama yang telah bersama lebih dua dekad. Dari raut wajah mereka, dari senyuman mereka, dari pesanan yang diberikan, saya faham mesej yang diberikan:

Kami sedia berjuang dan bermula dari bawah seperti dahulu. Kami hanya perlukan pimpinan parti yang tidak begitu selesa dengan pangkat dan kemewahan untuk bersama-sama kami.

Saya telah melalui empat pemilihan parti – 2010, 2014, 2018 dan 2022.

Saya tidak pernah melihat semangat berkobar- kobar untuk bekerja dengan semangat #lawantetaplawan seperti kali ini.

Sama-sama kita bina semula kekuatan dan taring parti.

RAFIZI RAMLI


No comments: