Norman Radzuan
PRN JOHOR ‘PENTAS MAKMAL’ PARTI POLITIK
Tahukan kalian PRN Johor adalah PRN paling menarik dinantikan oleh pengulas2 politik seperti saya. Saya anggap PRN Johor ini pentas Makmal parti politik dan tak sabar utk mengulasnya nanti.
Antara topik yg akn kita bualkan menjadi tanda tanya buat masa ini dan selepas PRN Johor?
1. Adakah UMNO/BN mampu memenangi semula hati bangsa Johor?
2. Adakah PN akn buat kejutan di Johor memandangkan mereka seperti berbelanja besar di PRN Johor?
3. Adakah PH (Dap & Amanah ) mampu cemerlang dgn logo PH?
4. Adakah pergunaan logo PKR akn mempengaruhi undi parti ini?
5. Adakah MUDA mampu menang 1 kerusi DUN?
6. Berapa banyak Warisan, Pejuang, PBM dan Putra hilang deposit?
7. Adakah Amanah dan PKR juga akn hilang deposit?
8. 700 ribu undi anak muda akn undi siapa?
9. Berapa peratus anak muda peduli utk mengundi?
10. Adakah isu 1MDB Najib Razak mempengaruhi org Melayu Johor menolak UMNO atau org Melayu tentang rasuah?
11. Apakah Bersatu mempunyai pengaruh yg lebih besar di Johor berbanding PH/PKR?
12. Adakah calon popular/pilihan parti masing2 akn menang?
13. Adakah Warisan parti tempatan Sabah diterima oleh org Semenanjung atau Johor?
14. Adakah PH/PKR mampu bangkit selepas dirosakan oleh Tun dan Muhyiddin?
PRN Johor sebenarnya pentas makmal utk semua parti bertanding. Semua parti hendak menilai ke manakah 700 ribu undi anak muda. Warisan, Pejuang, PBN, Muda dan Putra sdg mencuba nasib atau melakukan ‘ujian makmal’ adakah parti mereka diterima oleh rakyat Johor.
Jumlah pengundi 2.59juta
Melayu 62% = +- 1,605,800 orang
Cina 30% = +- 777,000 orang
lndia dll 8% = +- 207,000 orang
Dari beberapa survey sepanjang tahun 2021 peratus pengundi atas pagar adalah 40% ia itu lebih kurang 1,036,000 juta orang.
Kata sumber (tidak pasti kebenarannya) 95% pengundi atas pagar adalah kaum Melayu seramai +- 984,200 orang, dan 5% bukan Melayu seramai +- 51,800 orang.