Banjir dikira bala.
Ribut pun bala. Pendek kata, asal ada perkara yang tak elok, semua nak
dikaitkan dengan bala daripada Allah sebagai balasan daripada kesalahan kita.
Sebab bala pula
pelbagai. Ikutlah siapa yang cakap soal bala tu. Ada yang kata sebab banyak
maksiat. Ada pula yang dakwa sebab tak sokong parti dia yang kononnya
perjuangkan Islam.
Tapi ada satu bala
paling besar yang orang jarang nak sebut, yang sebenarnya nyata dan kita kini
sedang menghadapinya. Iaitu negara kita dipimpin oleh mereka yang jahat.
Itulah sebesar-besar
bala. Dan akibat bala itu, kita kini, semuanya, hidup dalam kepayahan. Dari
hari ke hari negara kita jadi semakin tunggang terbalik.
Dan bala ini adalah
balasan kerana kita memilih pemimpin mengikut nafsu, bukan akal. Apatah lagi
iman. Hingga orang jelas jahat dan bersalah pun masih lagi hendak disokong.
Apa yang malang, bala
ini tak akan pergi dengan sendirinya seperti banjir dan ribut. Bala ini hanya
akan pergi setelah kita sedar akan kesilapan kita dan mahu perbetulkannya.
Lebih malang lagi,
jika kesedaran tidak tiba pada kita, maka generasi kita akan datang, anak-anak
kita pula yang akan mewarisi bala yang kita cipta sendiri ini. Menyedihkan.
Itulah yang paling
aku kesalkan. Aku hanya mampu berdoa agar bala ini segera berakhir. Agar rakyat
negara ini sedar dan menolak pemimpin yang tidak berkelayakan... Guane boh?