CALON DUN KEMPAS YANG PERNAH SELAMATKAN GELANDANGAN



Sebelum lena malam tadi dapat 1 mesej dari seorang sahabat yang ucapkan tahniah atas pencalonan saya sebagai Calon Kempas .

Sahabat saya ini adalah bekas gelandangan yang saya dan rakan2 selamatkan bersama bayinya yang baru dilahirkan.

Beliau Dijumpai bersama bayinya menjadi gelandangan setelah dihalau dari rumah sewa dan hidup sehelai sepinggang.

Ini kisah 2 tahun dulu... namun masih terasa pilunya..

Sedih yang tidak mampu diucap.. kami tak pikir panjang dan selamatkan beliau dan anaknya .. mereka kami letakkan di tempat yang baru dan berikan sedikit brg kelengkapan..

Siapa sangka.. selepas itu beliau perlahan2 membangunkan dirinya. . Menjual kuih secara kecil2 lan.. dan kini sudah boleh menangung diri dan anaknya.

Indahnya bila kita bantu orang susah yang lain apabila kita lihat mereka sudah mampu untuk menyara kehidupan mereka sendiri selepas itu.

Saya punya sahabat2 yang baik.. tidak kiralah dari mana mereka bermula.. kerana manusia itu lumrahnya mampu untuk menjadi lebih baik..

Allah bagi kita rezeki dan tenaga untuk kita bantu orang lain yang memerlukan..

Jika kita susah.. pasti ada yang lagi susah...

Impian saya untuk memastikan pendidikan dan kelangsungan hidup penduduk Kempas dibela dan diberi perhatian.

KEMPAS SEJAHTERA...

#kempassejahtera

#SuaraRakyatJohor


No comments: