ADAKAH RAMASAMY LIABILITI KEPADA DAP


Sebelum ni pun aku dah pernah tulis. Ramasamy merupakan liabiliti terhadap DAP dan juga PH. Aku selalu berharap pimpinan utama DAP berani mengingatkan Ramasamy supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Tapi tidak.

Sebab itu aku semakin lama semakin menyokong seruan agar Keadilan bergerak solo. Kerana DAP akan jadi batu penghalang untuk Keadilan dapatkan sokongan orang Melayu. Lagi dengan keceluparan mulut pemimpin DAP seperti Ramasamy ini.

Politik adalah dinamik. Jika dulu DAP rakan yang setia, kini DAP api dalam sekam. Ditambah lagi kesetiaan Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP yang lain terhadap Mahathir, maka jika Keadilan berterus menjunjung PH, Keadilan akan terus gagal.

Ada yang bersuara, kalau bertanding solo, Keadilan tak boleh menang. Jadi? Apa bezanya jika terus bersama PH? Keadilan akan lebih gagal jika terus bersama DAP.

Harus diingat, Keadilan akan bertanding di kerusi yang majoriti Melayu. Dengan reputasi DAP, amat sedikit pengundi yang akan terima Keadilan dan tak mustahil Keadilan boleh tewas semua kerusi yang ditandingi. Semuanya disebabkan DAP.

Dulu aku benci orang yang suruh Keadilan jalan solo. Hari ini aku sendiri yang harap itu terjadi. Sudahlah sudah. DAP bukan sahaja terlihat sebagai musuh reformasi kerana setia kepada Mahathir. Bahkan terlihat sebagai musuh Melayu dan Islam kerana manusia seperti Ramasamy ini.

Masa depan Keadilan bukan lagi bersama PH. Jika Keadilan tinggalkan DAP waktu ini, aku percaya ramai pengundi akan buka mata dan pandang tinggi Keadilan. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: