INGAT MAHKAMAH NI MAK BAPAK DEPA PUNYA KOT....ORANG LAIN LAMBAT SIANG JA NAK HUKUM

 

Isteri bekas ahli politik rayu AG gugur kes dadah



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Adam Asmuni dan isteri Lyiana Roslee berdepan hukuman mati
 mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. (Gambar
 Reuters)

PETALING JAYA: Isteri kepada bekas Ketua Pemuda Bersatu, Adam Asmuni membuat rayuan kepada Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Lyiana Roslee dan suaminya didakwa pada Februari 2021 kerana menanam dan menyeludup ganja. Mereka berdepan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan jika disabitkan dengan pertuduhan itu.

Peguam Lyiana, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata representasi secara bertulis telah dibuat kepada Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya.

Difahamkan, Adam tidak diwakili peguam.

“Permohonan bertulis tanpa prejudis, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, telah dihantar kepada Peguam Negara (dan) beliau boleh memutuskan sama ada mereka (Jabatan Peguam Negara) mahu meneruskan pendakwaan,” kata Rafique kepada FMT.

Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa budi bicara bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding mengenai suatu kesalahan selain daripada prosiding di Mahkamah Syariah.

Sebutan kes itu ditetapkan hari ini di Mahkamah Majistret Ampang.

Menurut laporan Bernama, Adam yang juga ahli perniagaan dan Lyiana dituduh bersama-sama di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menyeludup 1.58 kilogram (kg) ganja dan 7.87 liter dadah sama di sebuah rumah di Duta Residensi, Ampang pada 7.30 petang, 20 Jan 2021 dan tuduhan itu membawa hukuman mati mandatori.

Mereka juga dituduh menanam sembilan pokok dipercayai ganja, pada tarikh, tempat dan waktu sama. Mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 6B(1)(a) akta sama.

Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua mereka memandangkan kes itu melibatkan hukuman mati yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Walaupun Rafique berkata kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, namun ia masih belum dilakukan selepas setahun berlalu.

“Kami ingin menekankan bahawa setahun telah berlalu sejak Lyiana didakwa namun (kes itu) belum dipindahkan lagi,” katanya.

“Laporan kimia sudah disediakan tetapi persetujuan untuk mendakwa, dan representasi bertulis, masih belum diperoleh.”

No comments: