UMNO-BN Johor berkeyakinan akan sapu bersih di semua kerusi DUN, apabila PRN Johor diadakan.



PRN JOHOR: MKT BERI LAMPU HIJAU BUAT UMNO JOHOR
KUALA LUMPUR: 15 Jan - Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan yang lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi sekarang.
Kedudukan parti pemerintah berkelebihan 28 kerusi berbanding 27 dalam blok pembangkang dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.
Keyakinan UMNO juga dilihat dari sudut kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka, November lalu selepas menguasai 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus menyakinkan parti itu bahawa sokongan rakyat sudah berubah berbanding semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Malah, senario keputusan PRN Sarawak yang memperlihatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguasai 76 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 82 yang dipertandingkan turut memberi isyarat jelas daripada pengundi yang dikatakan menolak blok pembangkang.
Pada masa ini spekulasi PRN Johor akan diadakan selewat-lewatnya sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang bermula pada 16 Mac ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pemimpin kanan parti itu berkata, dalam mesyuarat malam tadi (kelmarin), sebahagian besar ahli MT cenderung ke arah PRN kali keempat sejak PRU-14 termasuklah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Jelas pemimpin berkenaan, UMNO akan menggunakan strategi sama seperti di PRN Melaka iaitu bertanding sendiri tanpa parti-parti lain.
“Dalam mesyuarat malam tadi (kelmarin), mereka menyatakan sokongan untuk PRN Johor. Konsep yang ingin digunakan adalah sama, iaitu UMNO akan bertanding sendiri dan tiada kerjasama dengan mana-mana parti lain.




 

No comments: