KAU LETAK LAH JAWATAN DAHULU..BARU LAH TAHU APA SOLUSINYA

 

Menteri Tugas-Tugas Khas, Dr. Latif Ahmad yang bertanggungjawab kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA dilaporkan berkata, beliau tidak ada masalah untuk meletakkan jawatan susulan kritikan terhadap kegagalannya dalam menguruskan hal ehwal banjir.

Bagaimanapun, tambahnya, apakah dengan tindakan itu akan menyelesaikan masalah yang ada?

“Bubar NADMA boleh, saya setuju. Saya letak jawatan (pun) boleh.

“Saya sudah enam penggal (jadi wakil rakyat). Tiada masalah.

“Tapi apakah solusinya?” soal beliau.



Beliau seterusnya meminta pengkritik mengemukakan cadangan untuk menguruskan banjir dengan lebih berkesan di negara ini.

“Kalau kata hendak suruh letak jawatan (semata-mata), negara kita akan bertukar Perdana Menteri setiap tiga bulan,” tambahnya lagi.

Kepada Dr. Latif, kalau betul sedia nak letak jawatan, terus sajalah letak jawatan tanpa bertangguh-tangguh atau membeli sebarang alasan lagi.

Tidak perlu pun sebenarnya memberi dalih seperti bertanyakan apa solusi untuk menangani banjir dan bagi memperbaiki operasi NADMA.

Letak jawatan dulu, maka barulah akan nampak jalan solusi yang ada di hadapan.

Selagi beliau tidak letak jawatan, macam mana nak nampak solusinya?

Tetapi, untuk pengetahuan Dr. Latif, solusi paling mudah ternampak jika beliau segera atau sedia meletak jawatan ialah akan ada menteri baru yang mengambil alih tugas menjaga NADMA selepas ini.

Sudah tentu Perdana Menteri akan memilih pemimpin yang benar-benar diyakininya serta yang mempunyai jiwa kepimpinan yang tulen untuk menggantikan tempatnya menjaga NADMA.

Kalau benar Dr. Latif mahu cepat solusi itu menjadi kenyataan, cepat-cepatlah beliau meletakkan jawatan.

Jangan sembang saja kencang, tapi dalam hati masih sayang nak lepaskan jawatan!! – ShahbudinHusin 23/12/2021.



No comments: