KAH..KAH..SAMPAI PKR PUN NAK DIKOMEN..BAIK TAK PAYAH MASUK CAMPOQ LA..MASA RAMAI YANG MENANG..KAU TETAP KALAH .....KALAU SEKADAR NAK SURUH JOIN ATOK HENTIKAN LAH..



Kekalahan PRN Melaka berulang di Sarawak, PH perlu ambil iktibar


Kekalahan Pakatan Harapan (PH) untuk kali kedua dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam selepas pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini seharusnya menjadi iktibar kepada pimpinan PH khususnya PKR dan DAP sebagai parti lama.

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Khairuddin Abu Hassan melalui kenyataan beliau kepada Malaysia Dateline hari ini berkata, sejak memorandum persefahaman dimeterai dengan kerajaan yang ditunjangi oleh Umno, rakyat benar-benar hilang hormat terhadap PH.

“Terbukti dalam PRN Sarawak, gabungan PH tewas teruk kepada GPS apatah lagi DAP juga hanya mampu meraih dua kerusi dan PKR juga tidak mampu memperolehi kemenangan yang diharapkan.

“Sejarah PRN Melaka berulang kembali dengan kekalahan di Sarawak secara tidak masuk akal walaupun pimpinan DAP bersikap ‘superiority complex’ yang terlalu tinggi dengan membuat percaturan politik baru untuk PH.

“Sebetulnya dari awal lagi telah diingatkan bahawa tindakan memeterai MoU dengan kerajaan yang dipimpin oleh Umno juga dibayangi oleh pemimpin-pemimpin kleptokrasi yang bakal ‘membunuh’ masa depan politik PH,” ujar beliau.

Namun begitu katanya, gambaran jelas yang sedang diperlihatkan oleh majoriti rakyat kini ialah menghukum kesilapan PH dengan menolak melalui keputusan PRN Melaka dan juga PRN Sarawak.

Sejajar dengan itu, Pilihan Raya Umum ke 15 yang akan datang bakal memberi impak kepada PH dan dibimbangi akan menerima nasib yang sama seperti mana yang diterima dalam kedua-dua PRN baru-baru ini.

Tambah beliau, poercaturan dan kepimpinan politik yang berpaksi kepada ‘pecah dan perintah’ sudah tidak sesuai lagi di kaca mata rakyat tatkala ini.


No comments: