PAK LONG..DEPA KATA JANGAN DOK MAI MELAWAT SAJA....

 


Perdana Menteri meninjau situasi banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di SK Johan Setia, SK Telok Gong dan Masjid Al Islah Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, pagi tadi.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin pembangkang menuduh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ‘bersandiwara’ mengenai isu banjir yang membelenggu negara, dengan ribuan penduduk memerlukan bantuan, termasuk di Lembah Klang, manakala kerosakan harta benda dianggarkan ratusan juta ringgit.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata tindakan Ismail meminggirkan beliau dan wakil rakyat lain dalam program lawatannya ke Klang menunjukkan beliau tidak berminat mengetahui masalah yang menghimpit penduduk di situTindakan Ismail “berjalan ke pusat pemindahan banjir dan berbual sekejap dengan mangsa…sahaja tidak mencukupi,” kata pemimpin DAP itu.

Santiago kecewa kerana Ismail tidak mengamalkan slogan Keluarga Malaysia yang sering dicanangnya, sebaliknya memulau wakil rakyat daripada parti politik pembangkang.

“Beliau juga tidak berminat mengenai apa sebenarnya berlaku di lapangan dan bagaimana kita boleh bekerjasama membendung isu banjir ini,” kata beliau.

Mangsa banjir di Klang kini menghampiri 10,000 orang yang diselamatkan pelbagai agensi penyelamat untuk ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS).

Klang disifatkan daerah paling teruk terjejas banjir di Selangor susulan hujan lebat sejak semalam.

Sistem perparitan dan pengairan yang tidak mampu menampung jumlah hujan berterusan sekian lama disebut antara punca utama kekerapan banjir di Klang.

Ismail Sabri Yaakob (kanan) menyantuni kanak-kanak ketika melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Klang hari ini. (Gambar Bernama)

Seorang penduduk Kampung Delek Kiri, Klang, Abdul Basir Abdul Hadi, 55, berkata, ini adalah kejadian kali kelima kampung tersebut dilanda banjir dengan kali ini adalah insiden terburuk sehingga mencecah hampir satu meter pada malam kelmarin, Kosmo melaporkan.

Katanya, pembangunan pesat dan tidak seiring dengan peningkatan kemudahan prasarana terutama longkang dan parit memudahkan kawasan ini ditenggelami banjir.

“Kami sudah penat dan serik, bukan sekali tetapi lima kali banjir di kampung ini yang mempunyai kira-kira 10,000 penduduk.

“Malam tadi (kelmarin) saya terpaksa memindahkan kambing, ayam dan itik ke lokasi lebih tinggi,” katanya.

Santiago berkata sebagai Perdana Menteri, Ismail sepatutnya mendapatkan maklum balas daripada wakil rakyat sepertinya tentang cara berkesan untuk menangani masalah banjir.

“Tetapi saya mahupun ADUN kawasan tidak dimaklumkan (mengenai lawatan Ismail). Sudah tentu jika berpeluang, saya mahu menyampaikan kepada Perdana Menteri kenapa kerajaan harus meluluskan peruntukan segera untuk membendung banjir yang kerap berlaku,” katanya.

Kenyataan Santiago itu menarik pelbagai komen warganet, termasuk kritikan terhadap tindakan Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ismail sebelum ini.

“Adakah anda terkejut (dengan tindakan Ismail)? Kenapa parti anda menandatangani MoU dengan beliau?” tanya Darren Chan.

Ismail “hanya ke pusat pemindahan untuk tunjuk muka, ia tidak kena mengena dengan Keluarga Malaysia, ia (lawatan ke Klang) adalah untuk dirinya sahaja,” ujar Teck San Low.

No comments: