ADUN Pelabuhan Kelang lawati semua kawasan terlibat banjir

 



Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Kelang, Azmizam Zaman Huri berusaha gigih mengharungi banjir dalam membekalkan bantuan makanan kepada mangsa mangsa banjir di pusat pemindahan, masjid mahu pun yang terperangkap di tingkat atas bangunan.

Menurut satu muatnaik di Facebook beliau, bantuan yang dihantar oleh syarikat berkaitan kerajaan, MBI Selangor disempurnakan ke beberapa pusat pemindahan banjir, dan lebih banyak bantuan diperlukan berikutan mangsa semakin meningkat.

"Saya berkesempatan menziarahi beberapa Pusat Penempatan Banjir di dalam kawasan DUN Pelabuhan Klang. Mangsa-mangsa banjir semakin bertambah dari semasa ke semasa.

"Saya juga sempat menziarahi sebuah Pusat Tahfiz Ar Riduan di Telok Gong yang juga telah dinaiki air banjir. Kesian saya tengok mereka dan sempat juga saya memberikan sedikit sumbangan makanan dan kata-kata semangat kepada anak-anak Tahfiz ini. Saya minta mereka doakan semoga semua selamat menempuhi dugaan dan ujian Allah ini.

"Banjir besar yang berlaku di kawasan DUN Pelabuhan Klang masih lagi belum surut. Bersama kita berdoa semoga ianya segera berakhir.

"Saya merayu kepada mana-mana pihak yang berkemampuan untuk turut serta menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan DUN Pelabuhan Klang dan boleh hubungi pejabat saya di talian 017-2434200," katanya.

Selain itu, beliau juga menmgucapkan penghargaan kepada semua pihak terutama sekali pihak Bomba yang telah bertungkus lumus memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir daripada awal sehingga kini.

 

No comments: