'Sudah 6 kali jumpa menteri, isu satu pentadbiran urus dua sekolah tidak selesai' - Sim Tze Tzin

 


Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional terserlah apabila isu satu pentadbiran menguruskan dua buah sekolah tidak selesai walau sudah mengambil masa selama setahun.

Lebih malang lagi, menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Yze Tzin, beliau telah pun 6 kali bertemu Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan untuk bertanya lanjut mengenai isu berkenaan.

"Malam semalam saya menunggu di Parlimen sehingga 8 malam untuk mendapatkan Menteri Pendidikan tentang status permohonan pemisahan pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Heng Ee 2 (Cawangan Bayan Baru), pagi tadi saya kejar pula Timbalan Menteri Pendidikan II.

"Isu permohonan pemisahan pentadbiran SMK Heng Ee 2 (Bayan Lepas) daripada SMK Heng Ee Induk (Georgetown) telah berlarutan sekian lama. Satu pentadbiran menguruskan 2 sekolah menengah di dua lokasi yang berlainan, ia sangat berat kepada pihak pengurusan sekolah. Itulah sebab SMK Heng Ee 2 memohon pemisahan pentadbiran.

"Pada Tahun lepas, sekitar bulan November 2020, saya mengambil inisiatif berjumpa Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan I. Menteri jawab akan membawa isu ini kepada Kabinet.

"Bulan September 2021, sekali lagi saya berjumpa kedua-dua orang Menteri dan Timbalan Menteri I. Sekali lagi Menteri jawab akan membawa isu ini kepada Kabinet," katanya.

Mengharapkan isu berkenaan telah pun dibincangkan di kabinet dan kata putus mengenainya telah diambil, Sim mengambil inisiatif berjumpa menteri sekali lagi yang sama minggu ini.

Namun jawapan 'terbaik' yang diterima oleh beliau selepas 2 bulan adalah 'isu itu akan dibawa ke kabinet'

"Minggu ini, saya sekali lagi berjumpa dengan Menteri dan Timbalan Menteri II. Sekali lagi, Menteri jawab akan membawa isu ini ke Kabinet.

"Sudah 6 kali saya berjumpa dengan Menteri dan Timbalan Menteri, jawapan yang yang diberikan tetap sama. Kertas kabinet ini bukan rocket science. Lebih 365 hari kertas belum siap?

"Berapakah kali lagi saya perlu berjumpa mereka supaya mereka mula bekerja demi pentadbir, para guru dan pelajar?" tanyanya.

'Kelembapan' adalah trade mark kepada prestasi kerajaan BN dan PN, tidak banyak isu rakyat yang diselesaikan sepanjang 18 bulan pemerintahan PN dan 3 bulan pentadbiran PM Ismail Sabri Yaakob daripada BN.

 

No comments: