Panas !!! Sulaiman hanya Ketua Menteri sementara?Woiii..mana ada sementera sementara nih


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa Datuk Seri Sulaiman Md Ali hanya akan menjadi Ketua Menteri Melaka sementara sekiranya gabungan parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, “Kepada pengundi dan rakyat Melaka, jangan dengar! Jangan termakan dengan fitnah.

“Mana ada ketua menteri sementara sementara, ini bukan cerita main-main! Ini bukan cerita ketua kampung setengah penggal.”

Sulaiman hanya Ketua Menteri sementara?

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi.

Beliau menerusi laman Facebook juga mengingatkan pengundi agar tidak termakan dan terpengaruh dengan fitnah yang dilontarkan pihak tertentu.

Sebelum ini, Sulaiman dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka Datuk Seri Mohamad Hasan melihat Sulaiman sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka selain bebas daripada sebarang isu.

Sulaiman yang juga penyandang di kerusi DUN Lendu akan bersaing dengan Mejar (B) Abdullah Mahadi daripada (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH).

No comments: