Calon PH DUN Machap Jaya muatnaik gambar menyayat hati

 

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Machap Jaya, Law Bing Haw memuatnaik gambar menyayat hati bersama seorang pengundi di kawasannya sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau mengakui sedih apabila mendengar kisah seorang lelaki berbangsa India yang terpaksa berkerusi roda kerana kehilangan kaki kirinya, dan kini menetap di kawasan estet di Auyin Hill.

"Nak jadi wakil rakyat bukan senang sebab masa anda bukan lagi miliki anda sendiri, ia dimiliki oleh rakyat.

"Setiap kali turun ke padang mesti ada kisah yang menyayat hati tentang kesusahan rakyat.

"Saya berharap pengundi boleh menggunakan undi di tangan untuk memilih kerajaan Negeri Melaka yang prihatin rakyat," katanya.

No comments: