KESIAN LA AZMIN ...AHLI DAH RAMAI YANG KELUAR..ZURAIDA DAH TUBUH PARTI BARU..SENYAP SAMPAI SEKARANG-HAAAA...NAIK MELALUI PKR...NAK LAWAN DENGAN 1 JUTA AHLI PKR...MEMANG MAMPUS LA KERJAYA POLITIK KAU SEMUA...

 

MELAKA: Kedudukan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka goyang apabila 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di empat pusat daerah mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di sini mengisytiharkan keluar parti serta-merta.

Mereka terdiri daripada ahli-ahli di PDM Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu.

Menurut wakil kumpulan itu, Huslan Naim yang juga Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Pasir Puteh, pihaknya telah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan negeri dan Bahagian Hang Tuah Jaya yang tidak pernah ambil peduli dan soal kebajikan akar umbi.

Malah katanya lagi, akar umbi tidak puas dengan calon pilihan raya kerana gagal mengetengahkan anak tempatan Pengkalan Batu.

“Silap pilih kasih ini menyebabkan kami tidak tidak puas dengan kepimpinan Bersatu termasuk Ketua Bahagian, Mohdz Azrudin Md. Idris yang merupakan calon PN DUN Pengkalan Batu.

“Oleh itu kami 500 ahli mengisytiharkan keluar Bersatu berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Justeru itu, Huslan berkata, kesemua ahli Bersatu terlibat tidak sesekali menyokong dan mengundi Mohd. Azrudin selaku calon PN dalam PRN Melaka.

“Kami kecewa kerana beliau tidak pernah memanggil kami untuk terlibat dalam gerak kerja pilihan raya.

“Namun ia tidak bermakna kami akan menyokong Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) atau mana-mana calon lain,” jelasnya.

Beliau berkata, tindakan ini mengambarkan kepincangan dan kegagalan Bersatu menjelang pilihan raya negeri pada Sabtu ini. – UTUSAN

 



No comments: