KISAH LEBAI JIRAT CINA

 

PAK LEBAI  MALANG NI BILA NAK DISAMAN DIA RETI MINTA MAAF ..TAKUT JUGA YA BAB DUNIA ...

May be an image of 1 person and text that says "Kalau kak wan.t angkat tangan setuju Ruu355 jatuh iman kak wan. Di takdirkan kak wan mati kami tanam kak wan di jerat cina. YDP PAS padang Serai Shaharuddin Ibrahim"



RAMZAN AHMAD


Selepas 3 hari akhirnya Ustaz Mohd Saiba Yaacob menjawab sebahagian soalan2 saya berkaitan hudud dan RUU355.

Kesimpulan daripada jawapan Ustaz Saiba:

1. RUU355 bukanlah hudud seperti yang didakwanya sebelum ini (di mana premis hujahan beliau sebagai hukum Allah dan orang yg mempersoalkannya spt saya ini boleh menjadi sesat dan menyesatkan, walak pada kuffar Dap, akan diazab dlm kubur dan akan menjadi pemimpin org sesat di akhirat). Sebaliknya RUU355 cuma satu cadangan pindaan RUU untuk menambahkan hukuman yang boleh dijatuhkan mahkamah syariah.

2. Ust Saiba (dan saya percaya ramai lagi ilmuan yg pro 'memperkasa' mahkamah syariah) tidak jelas tentang status hukuman ta'zir, kerana beliau memberi gambaran bahawa hanya undang2 syariah selain hudud sahaja sebagai ta'zir. Ini diperkuatkan lagi dgn soalannya kpd saya adakah saya redha hukum dan mahkamah sivil lebih berkuasa dan lebih tinggi hukumannya berbanding hukum dan mahkamah syariah. Jawapan saya ialah saya redha kerana saya percaya semua hukuman dlm undang2 dlm negara ini sama ada sivil atau syariah adalah hukum ta'zir, kecuali hukum mati mandatori bg pesalah bunuh dgn sengaja dlm seksyen 302 Kanun Keseksaan / Penal Code yang boleh dikatakan sama dgn hukum qisos.

3. Ust Saiba telah terkhilaf jauh apabila menghukum saya sesat dan menyesatkan, liberal, ikut Dap, akan disiksa dlm kubur dan sebagainya apabila saya mempersoalkan keperluan melaksanakan hudud buat masa sekarang dan kedudukan RUU355 yang telah dianggap "bukit yang tidak lari ke mana" oleh Dr. Nik Zawawi.

###################################

Soalan saya yang masih belum dijawab Ust Saiba:

1. Kenapa Pas tidak menunjukkan ia sebuah kerajaan yg cuba melaksanakan perintah Allah s.w.t. dlm ayat 32 surah al-Nur, iaitu perintah supaya mengahwinkan orang2 bujang yg miskin? Kenapa Pas beria-ia mencuba utk laksanakan perintah Allah yang dilewatkan penurunan wahyunya?

2. Kenapa rakyat dan pemimpin selain Pas yang mempersoalkan cadangan untuk melaksanakan pindaan RUU355 dihukum sesat atau batal akidah, jika RUU355 hanyalah rang undang-undang biasa yang bukan hudud?

2. Apakah jaminan hukuman undang2 yang ditambah berat seperti yang Pas cadangkan dalam RUU355 akan dilaksanakan secara adil tanpa memilih bulu? Bagaimana kepercayaan boleh diberikan jika ternyata pemimpin Pas sendiri tidak dikenakan apa2 tindakan apabila ada yang bernikah secara online dgn tukang nikah dari Thailand, menceraikan isteri melalui aplikasi WhatsApp dan melanggar sekatan jalan raya (dikhabarkan bersama seorang janda, tetapi tidak dapat dipastikan kerana tiada makluman hasil siasatan).

Bagi rakan yang berminat mengikuti perbahasan separa ilmiah berkaitan RUU355 dan hudud, boleh diikuti di wall saya 3 hari lepas melalui link berikut:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5248446221834365&id=100000071166710

 

No comments: