MOVE ON LA BERSAMA ATOK SAKA.....

 May be an image of 1 person, standing and text that says "malaysiakini terkini untuk anda EN BM ZH TA NEWS Jangan jadikan Warisan pak turut PH, kata Azis Jamman Diterbitkan: Sep 13, 2021 2:02 PM• Dikemaskini: 2:02 PM"


GURUYAYA


#WarisanPulakMenyalakDescription: 🤗Description: 😁Kihkihh..Selepas Khairuddin Bersuara Bagi Pihak Mahathir (Pejuang), Kini Aziz Jamman Pulak Bersuara Bagi Pihak Shafie (Warisan) Tidakpuashati Krn Kononnya Tidak Dibawa Berunding Dari Awal Cuma Disaat Akhir Baru Dijemput Sebab Tu Mrk Tak Hantar Wakil Bila Dijemput.Hakikatnya Jika Pejuang Dan Warisan Dari Awal Memberi Sokongan Padu Pada DSAI Sudah Lama PH Ambilalih Putrajaya.Disebabkan Jadi Pak Turut Mahathirlah Maka Warisan Wajib Dipinggirkan Terus Dari Gabungan PH.

Jangan jadikan Warisan pak turut PH, kata Azis Jamman

Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak bersama Pakatan Harapan (PH) dalam menjayakan perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) atau disebut juga sebagai memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik dengan kerajaan kerana tidak dilibatkan dari awal.

Sebaliknya, kata Ketua Wira Warisan, Mohd Azis Jamman, partinya hanya dijemput pada peringkat akhir selepas PH dan kerajaan sudah berunding dan mencapai persetujuan untuk menandatangani MoU itu.

"Dari awal sepatutnya blok pembangkang yang ada 105 kerusi parlimen dipanggil, kita perlu duduk berbincang sebelum jumpa perdana menteri lagi. Kena ada keikhlasan.

"Ini tidak, selepas beberapa kali bermesyuarat (dengan wakil kerajaan), baru kita dipanggil dan diberitahu nak buat MoU.

"Jangan jadikan kita pak turut, Presiden Warisan bukannya 'rubber stamp'," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online, hari ini.