SEJAK BILA PEJUANG DAN WARISAN BERASAMA PH ?

 

Hahaa..Sejak Bila Pulak Pejuang Sekepala Dgn PH.Memang Sepatutnya Pejuang dan Warisan Tidak Bersama PH, Kerana Sudah Jelas Mereka Adalah Duri Dalam Daging Dibarisan Pembangkang.Selama Ini Mereka Tidak Pernah Mengiktiraf Dan Menghormati DSAI Sebagai Ketua Pembangkang Di Parlimen.Khairuddin Pun Bercakap Mungkin Mewakili Suara Hati Mahathir Yg Kecewa Tidak Dilantik Sebagai Pengerusi MPN..🤔😙😂


Anwar, PH didakwa ketepikan pembangkang lain runding dengan k'jaan.


Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Khairuddin Abu Hassan kesal Pakatan Harapan (PH) mengetepikan parti pembangkang lain dalam mengenai perjanjian pembekalan dan keyakinan (CSA) dengan kerajaan.


"Ketika hendak menamakan calon perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini; pemimpin PH datang berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad merayu agar memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.


"Pemimpin-pemimpin PH akan merayu, memujuk serta melakukan apa saja pada waktu itu demi menjayakan impian mereka yang ‘mustahil’ ke arah memartabatkan ketua pembangkang masa kini sebagai perdana menteri kesembilan.


"Kini, apabila hendak berunding dengan pihak kerajaan mengenai senarai pembaharuan yang dicadangkan oleh perdana menteri; Anwar bersama pemimpin-pemimpin PH ketepikan Pejuang, Warisan dan Muda yang sama-sama mengundi beliau sebagai calon pembangkang untuk jawatan perdana menteri," katanya pada satu kenyataan malam tadi.


No comments: