Kongres Nasional KEADILAN 5 Jun ini


untitled image


Kongres Nasional KEADILAN kali ke-15 akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 5 dan 6 Jun ini.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persidangan bagi sayap Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita KEADILAN akan diadakan pada 5 Jun manakala KEADILAN Pusat akan mengadakannya pada 6 Jun ini.

"Kongres ini akan dikendalikan secara hibrid iaitu secara maya dan fizikal bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

"KEADILAN menjangkakan 1,000 perwakilan hadir secara fizikal yang meliputi 152 cabang dari Semenanjung, maknanya perwakilan dari Sabah dan Sarawak akan mengikuti secara dalam talian.

"Kongres kali ini akan menumpukan kepada ucapan dasar presiden iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada 5 Jun sebelah malam. Pada 6 Jun, perbahasan akan menyentuh usul ucapan dasar presiden. Pembahas negeri akan berbahas dari sudut kesihatan, ekonomi, politik dan isu rakyat," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kongres kali ini bertemakan 'Pentas Rakyat' iaitu menumpukan kepada isu ekonomi, kesihatan, politik dan kebajikan rakyat.

"Kongres kali ini akan menumpukan kepada ucapan dasar presiden iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada 5 Jun sebelah malam. Pada 6 Jun, perbahasan akan menyentuh usul ucapan dasar presiden. Pembahas negeri akan berbahas dari sudut kesihatan, ekonomi, politik dan isu rakyat.

"Kita lebih tumpukan aspek ekonomi dan kesihatan kerana ia melibatkan penularan wabak Covid-19 tetapi sebagai parti politik, perspektif politik juga akan disentuh," katanya.

Tambahnya, kongres ini juga akan dihadiri pimpinan parti dari rakan komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Amanah sebagai tetamu jemputan.

Bagaimanapun, Saifuddin memberi jaminan bahawa insiden pergaduhan tidak akan berlaku lagi seperti kongres sebelum ini.

"Insiden yang terpalit sebelum ini memang memberi kesan kepada imej PKR, tetapi sebagai setiausaha agung dan pimpinan parti kita beri nasihat dan pandangan, malah ahli-ahli parti sangat fokus kepada isu pilihan raya, pembinaan parti dan isu rakyat, jadi saya percaya ia tidak akan berlaku dan terjadi lagi," katanya.

 

No comments: