Semoga Kebawah Duli Tuanku tahu apa yg berlaku di antara KPN dengan Menteri Dalam Negeri. Siapakah benar di antara mereka? Apakah Hamid Bador menipu apabila beliau berkata PDRM dicampuri urusannya oleh ahli politik? Apakah Hamzah selaku Menteri di KDN berhak mengatur "orang-orangnya" di dalam PDRM dan menjual nama Tuanku seperti yang beliau sendiri akui berkata demikian di dalam satu audio yang diviralkan?
Rakyat kerap mengadu kepada Tuanku tentang benarkah Muhyiddin punyai keabsahan majoriti di dalam Parlimen sebagai PM? Rakyat tidak pernah jemu memohon dan merayu kepada Tuanku agar tamatkan segera dharurat dan buka segera Parlimen kerana rakyat semakin menderita dek kedegilan Muhyiddin. Rakyat juga keliru apakah Istana telah menerima beberapa warkah dari Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim yang memohon mengadap? Jika diterima, apakah Ketua Pembangkang tidak diberi kesempatan untuk mengadap Kebawah Duli Tuanku sepertimana layanan yang diterima oleh PM? Kami khuatir warkah itu tidak sampai kepada Tuanku.
Semoga apa yang rakyat rintihkan sepanjang pemerintahan kerajaan tanpa mandat rakyat ini sampai ke Istana. Rakyat harap, apa yang rakyat luahkan sehingga memenuhi ruang-ruang komen di page Istana Negara telah dibaca oleh Tuanku.
Sekarang bukan lagi soal kerajaan melayu Islam atau takutkan Dap. Sekarang ini soal selamatkan negara dari Covid19 dan selamatkan negara dari terus berhutang. Ternyata bukan Dap yang telah memusnahkan segalanya termasuk penutupan tempat-tempat ibadah umat Islam yang berlaku di negeri yang majoriti melayu Islam. Dap tidak campurtangan pun di dalam kenaikan harga barang yang mendadak sekarang ini. Menteri Kewangan bukannya Dap sehingga berlakunya hutang piutang setiap minggu oleh kerajaan.
Semoga Allah kurniakan taufik dan hidayah kepada semua raja-raja Melayu terutamanya Kebawah Duli Tuanku Yang Dipertuan Agong.
WFAUZDIN NS