BUKANKAH DULUNYA MASA BELIAU BERKUASA HADI PELUK NAJIB ?

 


Panas! Ulamak PAS kecam Najib sebab kata kerajaan PN gagal kawal Covid-19

Panas! Ulamak PAS kecam Najib sebab kata kerajaan PN gagal kawal Covid-19

Dewan Ulama Pas menyerang Datuk Seri Najib Razak kerana mengkritik pengurusan pandemik Covid-19 dan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini gagal dengan peningkatan angka positif COVID-19 adalah satu kerja jahat.

Ketuanya, Dr Nik Zawawi Salleh berkata, tindakan Najib sekarang yang membuat ‘troll’ dan lontaran polemik yang tidak memberikan faedah kepada sistuasi sekarang.

“Perkara tersebut hanya keseronokan untuk mendapatkan reaksi suka oleh pengikut sendiri di media sosial sahaja,” kata beliau.

Bagi Ulama Pas, sebagai mantan Perdana Menteri sepatutnya turut serta bersama dalam fokus ini membantu rakyat yang susah dan seiringan dengan tindakan kerajaan jika benar berjiwa besar setelah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Jika beliau meneruskan sikap sebegini sebenarnya beliau sendiri seolah-olah memperkecilkan peranan menteri-menteri kalangan UMNO-BN yang ada dalam kerajaan dan yang terlibat langsung dalam Kabinet sekarang ini.

“Maka jika begitu, kalau mahu disebutkan gagalnya kerajaan PN maka beliau sendiri sebenarnya mengatakan kepada parti beliau sendiri semenangnya gagal dan tidak berfungsi,” kata Zawawi, tauke kedai emas itu.

Najib dan ramai rakyat Malaysia kini menyifatkan kerajaan PN gagal menguruskan Covid-19 dengan baik sehingga #KerajaanGagal menjadi perkataan yang popular di kalangan rakyat.

“Tapi mereka lupa atau enggan mengaku ialah dari mula perlaksanaan PKP 2.0 saya dah berulang-kali kata cara perlaksanaan PKP 2.0 kerajaan tidak akan berjaya,” kata Najib melalui Facebook beliau.

Bagi Najib, darurat tidak diperlukan sebab PKP 1.0 tiada darurat boleh berjaya dan tiada sebab PKP 2.0 tidak boleh berjaya tanpa darurat jika dibuat dengan betul.

“Tapi dari mulanya niat PKP 2.0 sudah tidak betul, tentu akan gagal dan hanya akan menyusahkan Rakyat secara berpanjangan, membazir duit kerajaan dan hasilnya ialah kita akan terpaksa buat PKP 3.0 tak lama lagi,” kata Najib.

Bagi Nik Zawawi, peningkatan angka positif ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja malah boleh dilihat di negara-negara luar juga dan paling ketara ialah di India.

“Ia bukan soal gagal atau berjaya negara kita, tetapi kerajaan PN telah berusaha sehabis baik dengan penguatkuasaan SOP ditambah lagi suntikan dana dari satu pakej ke satu pakej sejak PKP 1.0 tempoh hari bagi tujuan meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas.

“Mengapi-apikan polemik dengan naratif jahat sebegini tidaklah menguntungkan apa-apa kepada negara dan rakyat,” katanya.

Bagi beliau, kenyataan-kenyataan media sama ada berbentuk video atau tulisan kalangan ahli politik yang berlegar dengan membawa naratif kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini gagal dengan peningkatan angka positif COVID-19 adalah satu kerja jahat yang merosakkan mood petugas barisan hadapan dan rakyat yang kini bersama-sama dengan kerajaan PN dengan fokus yang sama.

Lontaran persoalan mengenai peningkatan angka positif sedangkan penguatkuasaan PKP, PKPD, PKPB dan PKPP sedang berlangsung adalah persepsi yang tidak wajar bagi seorang ahli politik malah seakan lupa akan segala yang berlaku terkait dengan ketentuan dari Allah sebagai ujian.

“Kita sebagai manusia hanya rancang, usaha dan ikhtiar, selebihnya adalah serah pada ketentuan dari Allah,” katanya.

Ketua ulama Pas itu juga mengkritik Jawatankuasa Rayuan Penamatan Darurat yang mahu menyerahkan memorandum rayuan kepada Yang Dipertuan Agong.

“Malah sehingga ke hari ini sekalipun, terdapat serahan memorandum kepada YDP Agong untuk menamatkan awal proklamasi darurat serta desakan Parlimen bersidang.

“Namun YDP Agong masih dengan ketetapan awal mengajak seluruh rakyat mematuhi SOP dan gembleng tenaga bersama memberikan fokus keutamaan untuk menyelesaikan isu pandemik ini sebagaimana menerusi Kenyataan Media Istana Negara yang dikeluarkan pada 30 April 2021 baru-baru ini,” katanya. 




No comments: