PRU 15: Pengkhianat bertanding di Selangor hilang wang pertaruhan

 



POSTED BY AMIR WRLR

Pengkhianat KEADILAN tidak perlu bermimpi untuk menang di kawasan kubu mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Pengarah Operasi Pilihan Raya KEADILAN Selangor, Yahya Shari berkata, jentera KEADILAN di negeri itu telah siap siaga untuk mengalahkan mana-mana calon pengkhianat sekiranya mereka bertekad untuk mempertahankan kawasan.

"Selangor ada 22 Parlimen. Kita bertanding 10 Parlimen (PRU 14) dan KEADILAN menang semua. Dari itu 3 jadi pengkhianat.

"(Dalam hal pemulihan parti) kita ambil contoh Ampang, Lembah Jaya dan beberapa kawasan lain. Keseluruhan Ampang seolah-olah runtuh. Tetapi dalam masa singkat kita berjaya betulkan Ampang. Sekarang kita lihat sokongan dari jentera dan rakyat tidak berkurangan (di Ampang)

"Gombak, Menteri Besar (MB) jadi penyelaras. Mula-mula nampak macam goyah. Selepas dikumpulkan jentera, nampak sokongan naik.

"Sama juga di Sementa dan sebagainya. Kuala Langat (lebih hebat), hari ini diumumkan (penyandang) lompat, esok MB Selangor jumpa semua pimpinan Kuala Langat dan kita gerakkan (jentera). Apa yang penting pimpinan di peringkat akar umbi tidak ikut berkhianat.

"Oleh itu, saya yakin yang khianat kalau nak bertanding (semula mempertahankan kawasan) akan hilang wang pertaruhan," katanya dalam forum Facebook Borak Dahsyat bertajuk, "Adakah PH akan Kekalkan Kemenangan di Selangor Pada PRU 15", malam tadi.

Menurut Yahya lagi, pelancaran Bilik Gerakan Utama pilihan raya Selangor malam semalam merupakan, antara lain usaha awal untuk menggempur dan mengambil alih kerusi-kerusi yang telah dikhianatiMengenai pendapat umum bahawa PRU lambat lagi dan persediaan terlalu awal sebagai membazir,Yahya tidak bersetuju dengan pendapat sedemikian."Dalam kita merancang PRU ia bukan boleh dibuat apabila hampir PRU. Sebab kita parti politik, bisnes kita ialah PRU dan mesti menang PRU."Gerak kerja PRU sebenarnya dimulakan sebaik sahaja tamat PRU, dan kita merancang ke hadapan

"Kita ambil contoh dari 1999. Kita parti baru. 2004 orang kata KEADILAN akan habis. Kita terus bekerja dan merancang. Saya ketika itu sasarkan PRU 2008 kita mesti menang selangor. Saya yakin kita boleh menang, tetapi orang tak nampak yang kita boleh menang," katanya.

Berkongsi perancangan menawan Selangor pada 2008, Yahya berkata pemimpin harus meneliti survey yang dilakukan oleh banyak pihak. Dalam survey itu, katanya, boleh dilihat kelemahan parti dan tindakan segera perlu dilakukan menjelang PRU untuk menukar kelemahan itu menjadi kekuatan.

"Ketika itu (2008) tak ada satu survey kata kita boleh menang. Saya baca survey dan macam mana kita counter survey itu, kelemahan kita dan sebagainya.

"Dapatan survey, kita gunakan macam mana nak buat strategi," katanya.

Sehubungan itu, Yahya tidak menolak pengalaman menawan Selangor pada 2008 boleh digunakan untuk mengambilalih negeri-negeri lain.

"Bagaimana nak ambil alih negeri-negeri? Formulanya, gerak kerja mesti bermula dari bawah. Tidak boleh dari atas.

"Kedua, sudut keyakinan pimpinan negeri itu sendiri berhubung dengan parti komponen. Kalau di peringkat pimpinan negeri sentiasa berkrisis dan tidak punya hala tuju yang jelas, maka pimpinan komponen lain juga ragu-ragu.

"Ketiga latihan jentera PRU. Orang kata faktor calon, sokongan dan pelbagai lagi. Tetapi latihan penting, kalau kita tidak sediakan latihan ia sangat sukar kepada kita (menjelang PRU)," katanya.

Bagaimanapun, beliau berbangga dengan jentera pilihan raya Selangor yang banyak digerakkan oleh sukarelawan.

Sukarelawan ini, kata Yahya, bukan sahaja membantu dari segi logistik tetapi juga membantu kewangan serta turun ke mana-mana Pilihan Raya Kecil sekiranya PRU telah selesai.

 

No comments: