PAS MAIN DUA KOLAM DI PAHANG, UMNO PULA TERPINGGIR



May be an image of 1 person and standing


Majlis Ramah Mesra Perikatan Nasional di Kuala Rompin, Pahang semalam, jelas menunjukkan Pas bersama Bersatu dan PN. Dalam masa yang sama, baru-baru ini MB Pahang nyatakan di Pahang kukuhnya Muafakat Nasional antara Umno dan Pas.

Seperti biasa, Pas jenis makan keliling. Main dua kolam asalkan mereka untung. Mereka tak peduli perasaan dan hati kawan-kawan. Parti yang sering jual agama ini akan berkawan dengan pengkhianat mandat rakyat kalau dapat jawatan di Pusat. Di Pahang, demi mahu jaga Kerusi mereka, mereka kata mereka kawan Umno kerana takut Umno langgar Kerusi yg mereka menangi sekarang. Pas tahu Umno begitu marah dengan Bersatu atau PN, tetapi lebai buat pekak saja asalkan kerusi mereka terjamin.

Ertinya, di Pusat mereka untung, di negeri pun mereka untung. Simpati dengan Umno, yang pemimpin mereka ditekan dan dibuli oleh Bersatu, tapi rakan mereka Pas tidak rasa bersalah pun untuk bersama Bersatu. Itulah nilai persahabatan dengan parti lebai ini.

Keadilan sudah masak berkawan dengan Pas. Umno akan kenal Pas suatu hari nanti....

WFAUZDIN NS

 

No comments: