NASIB BAIK BUKAN DARI PKR,AMANAH DAN DAP...KALAU TIDAK SAH GEMPAR MALAYSIA TERANCAM....KAH.....

 

Eddin Syazlee mohon maaf tertidur, dia makan ubat sebelum ke majlis, kata pegawai khas

Gambar tular menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Eddin Syazlee Shith, tertidur ketika dalam satu majlis, semalam.

SEREMBAN: Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, memohon maaf susulan video tular yang menunjukkan beliau tertidur ketika majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall, semalam.

Menurut Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, Timbalan Menteri Kerja Raya itu keletihan dan kurang sihat namun bagi memenuhi undangan jemputan beliau tetap hadir ke majlis tersebut.

“Untuk makluman Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur pada acara tersebut. Beliau makan ubat sebelum ke majlis tersebut tetapi tetap menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan.

“Alhamdulilah pada majlis itu Eddin Syazlee telah meluluskan pemasangan penghawa dingin di Dewan Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana bagi membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

No comments: