BOB KELANANG
Rata-rata rakyat Malaysia menyarankan agar kerajaan Perikatan
Nasional (PN) ‘membuang’ menteri dan timbalan menteri yang terlalu ramai tetapi
tidak berguna.,
Kecaman warganet itu ekoran pengakuan Perdana Menteri bahawa
negara sudah tidak mempunyai banyak wang.
Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu
berkata, kerajaan terpaksa membelanjakan wang bagi membantu rakyat yang
terkesan akibat Covid-19.
Sehubungan itu, ramai yang mengaitkan pembaziran banyak wang
negara akibat saiz XXL
Kabinet Muhyiddin dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri
iaitu 70 orang keseluruhannya termasuk Perdana Menteri.
Malah, barisan Kabinet yang diumum Muhyiddin pada 9 Mac 2020
menyaksikan ada kementerian ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditugaskan
kepada seorang menteri sudah dipecahkan kepada tiga.
“Buang saja Menteri dan Duta bertaraf Menteri yang makan elaun
buta. Membazir duit rakyat saja,” selar pengguna Facebook, Saili Ismail.
Hal sama ditegaskan Zaha Dzul yang berpendapat peruntukan untuk
membantu rakyat berdepan Covid-19 tidak seberapa jika dibandingkan belanja bagi
menampung gaji puluhan ribu ringgit bagi seorang menteri.
“Menteri terlalu ramai dengan gaji puluhan ribu tapi tidak buat
kerja. Itu sebab duit kerajaan makin susut. Bantu rakyat dan menghadapi
Covid-19 itu tidak seberapa pun.
“Kalau sudah tak mampu nak uruskan kewangan negara berhenti saja
jadi PM dan kerajaan bagi kepada mereka yang mampu mentadbir serta menguruskan
kewangan negara,” sarannya.
Kerja bermatian
Sementara itu, Chew Kok Ming menganggap rakyat biasa yang
terpaksa berhempas pulas mengumpul pendapatan berbanding menteri PN yang
dilihat tidak membawa ramai pelabur ke negara ini.
“Bukan ada menteri dah bawa ramai pelabur? Apa mereka buat di
luar negara? Semua boleh pergi cuti di luar.
“Yang tidak pergi cuti, tidur di rumah dengan gaji buta. Kita
rakyat Malaysia yang kerja mati-mati untuk cari rezeki keluarga,” luahnya.
Untuk rekod, PN dengan banyak jawatan perlu diberi kepada parti
komponen kerajaan turut menyaksikan tiga menteri memegang portfolio hampir sama
sekali gus lebih tinggi kos ditanggung Putrajaya.
Tidak hairanlah, pernah dilapor kerajaan PN dengan Kabinet
bersaiz besar itu perlu membelanjakan hampir RM10 juta setahun berbanding zaman
PH kira-kira RM7.4 juta setahun.
Angka itu belum mengambil kira pelbagai jenis elaun yang
disediakan seperti keraian dan rumah.
Oleh sebab itu, warganet terutama pengguna Facebook ‘menyerang’
kerajaan PN yang lebih banyak membuang duit kepada menteri-menteri yang
sebahagiannya tidak buat kerja yang sepatutnya.
“Kerajaan bayar gaji menteri tidak ada fungsi pun sudah lebih 70
orang. Ada yang tidur. Ada yang bercuti.
“Ada yang tidak buat apa-apa pun tapi taraf menteri terutama
sekali parti Islam yang kenyang makan habis keliling. Takdirrr,” seloroh Daniel
Akmal.
Turut berkongsikan pandangan, Athar Ali yang menulis, “Sudah
tahu tak ada wang, mengapa lantik menteri-menteri Kabinet paling ramai dalam dunia?”