MALU APA BOSSKU...RAMAI LAGI KAT LUAR SANA DOK BOSSLU..BOSSKU.....

 


Terkini! Peguam Najib masih berusaha merayu dengan macam-macam alasan

Terkini! Peguam Najib masih berusaha merayu dengan macam-macam alasan

Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak mengemukakan hujah dengan menuding jari kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang didakwa seperti ada keinginan untuk menyabitkan bekas perdana menteri itu dalam semua pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Peguam bela, Farman Read ketika berhujah hari ini berkata, penghakiman yang dibuat pada akhir kes pembelaan oleh Mohd Nazlan menampakkan ‘keinginan’ tersebut.

“Hakim seperti bermotivasi bahawa tertuduh bertanggungjawab. Hakim seperti mempunyai keinginan untuk mensabitkan Najib.

“Beliau (hakim) mempunyai motivasi untuk menyabitkan perayu, sebenarnya undang-undang jenayah tidak boleh digunakan untuk sabitkan beliau kerana hakikatnya beliau sudah disabit dengan kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika prosiding rayuan penyewelengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) melibatkan bekas Perdana Menteri itu yang sudah masuk hari ke-6 hair ini.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah mendapati Najib bersalah.

Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang milik SRC.  

Rayuan tersebut didengar oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Pasukan pembelaan dijangka menggulung hujah mereka hari ini sebelum pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam prosiding rayuan ini membuat hujahan balas selama empat hari akan datang.

Prosiding sedang bersambung Farman masih lagi berhujah di hadapan tiga panel hakim ketika ini..




No comments: