KE ARAH MANAKAH NEGARA KITA KINI?

 MOHD MUKHLIS

Orang kata kalau time puasa ini jangan berpolitik nanti kurang pahala. Tapi macam mana kita boleh senyap kalau ekonomi makin teruk, ramai yang kena buang kerja, makin banyak gerai tumbuh bak cendawan tapi pembeli semua kurang, yang ada kuasa lepas tangan bagi negara jalan atas auto pilot. Pelabur lari, conference perubahan iklimpun kena sisih, apalah lagi ujian Allah nak bagi akibat dari pengkhianatan dan sertuan agawaman su'.

Kalau itulah cakna bab kemanusiaan pun di kira sebagai berpolitik waktu berpuasa, biarlah orang kata kurang pahala puasa sekalipun, kerna syurga itu bukan milik orang berkuasa dan kaya raya, tapi neraka itu sudah pasti memanggil mereka yang berkhianat dan melanggar perjanjian.

 

GINO MARVELA

Selamat menyambut ramadhan kpd kalian di sini. Tenang & aman apabila tidak berkarya seketika. Ada 3 perkara yg perlu di sampaikan.

1) Pertamanya kita sdg berusaha utk buka jalan melalui sang kuning. Ya benar, mereka bukan endah pun apa yg rakyat utarakan kepada umum. Nak suruh buka parlimen ja pun susah. Marah mcm mana rakyat pun dok buat pekak ja, tenang ja di sana pasai semua cara hidup dr hujung rambut & hujung kuku kaki terjamin. Harap mereka sedar akan peranan dan masalah kritikal yg melanda ekonomi negara.

2) Keduanya, sehari dua lepas mp Pagoh sdra Mahiaddin itu kata negara dh tidak ada wang & telah belanjakan RM600bilion ekoran situasi covid19.

Nak ada duit mcm mana, pelabur masuk pun puak tebuk atap pi sekat kunun kata pelabur yg di pilih (selective) saja layak masuk. Kemudian dgn segala perjanjian yg di meterai... cukup sangat berani guna pintu belakang guna Amla kununnya pengubahan wang haram.

Dan yg paling menyampah kami dengar, pihak pelabur di luar sana nyatakan Miti yg di pegang oleh sdra Azmin meletakkan syarat setiap kemasukan wang pelabur hanya akan di beri kelulusan bayaran keluar 10% berdasarkan kos kerja secara berkala.

Contohnya, kalau pelabur bawa masuk RM10bilion untuk buat projek pembangunan... kerajaan akan luluskan bayaran kewangan pelabur itu sendiri 10% berdasarkan progres kerja. Kemudian progres kerja capaai 20%, kerajaan luluskan lagi 10% pengeluaran.

Haramjadah apa yg kerajaan tebuk atap ni buat ?

Duit pihak pelabur asing sendiri, duduk di perbankan yg masuk melalui BNM... nak luluskan duit keluar milik mereka sendiri 10% berdasarkan setiap kali progres kerja ? Hoiii mangkuk, itu bukan dana kerajaan nak bayar kontraktor tempatan. Itu wang milik pelabur itu sendiri.

Dah tahu Malaysia kekurangan wang, yang hampa buat sekatan demi sekatan tu buat apa ?

Ya ada tesis journal mengatakan Malaysia negara pilihan pelabur. Perangkaan itu hanya bersifat sementara, sebaik saja sumber kewangan mereka mula masuk... kebanyakan antara mereka serta merta mula menyedari ketidakbijakan tebuk atap yg menyusahkan mereka di mana akhirnya mengalihkan ke negara jiran.

Rasuah adalah sebahagian kanser yg merebak lebih parah di zaman tebuk atap memerintah. Itu adalah fakta & salahsatu faktor yg nyata.

3) Ketiga, hal audio itu kalau benar pun bukanlah masalah besar sangat. Benar @ tidak itu urusan Anwar & Zahid yg perlu jawap.

Pokok utama yg kami sedia maklum ialah sdra Anwar sdg berusaha mengumpulkan sokongan utk persembahkan kpd MRR agar Parlimen itu di buka. Penjajaran yg pertama, ya suatu ketika beberapa bulan lepas Anwar berusaha utk ambil semula pentadbiran dr tebuk atap. Itu pun setelah saranan dari DAP & Amanah kpd Anwar utk berunding dgn sesiapa jalankan agenda. Ketika berunding, hat 2 orang yg jaga teloq tadi buleh pula bising dan serang kembali.

Itu yg GM tak berapa faham. Dia dh suruh, dah buat kenyataan media... pusing balik serang. Lani Mahathir dh mula cakap bukan2 pd DAP...baru dok tersedar koma.

Bukan sekali dua kami cakap PH yg ada Keadilan, Parti Tindakan Demokratik & Amanah ini perlu bersama kukuhkan dlm satu gabungan. Apabila 3 pimpinan dh kembali bersama, masih ada lg beberapa pimpinan bawahan yg berseteru kpd Mahathir cukup anti kpd usaha yg Anwar lakukan.

Banyak kali dh kata, kali ini PH yg lead. Bukan org yg takda parti & ranting itu yg nak lead sampai abg jamil mampoih! Description: 😒

Jika mereka yg tidak berparti nak masuk, mereka perlu terima syarat dan konsensus PH. Bukan sebaliknya berlaku. Menggelarkan abg besar itu tidak sepatutnya berlaku saat 2 pihak lg asyik dok pegang teloq yg di picit pihak lain. Buat kerja taknak, arahkan org lain kemudian serang balik pasai tak ikut keinginan hatinya. Pi lah jumpa YDPA & MRR usulkan Parlimen di buka... bukan cakap berdegar dalam media sosial & serang pimpinan lain dalam gabungan parti politik yg dirinya anggotai sendiri.

Cukup setakat ini dahulu...

Yang berkarya:

Gino Marvela

aka Gin Marvel.

 

 

No comments: