Kluster Mahkamah - Satu Perancangan Grandeur Mastermind

 

MOHD MUKHLID MOHD SYARIF


Saya agak malas nak menulis sebab tak ada apa-apa yang mampu mengubah scenario politik Malaysia sampai PRU15 nanti. Tapi saya tertarik untuk mengulas penulisan seorang pentaksub OT yang cuba membuat naratif buruk tentang Anwar.

Dia bersangka buruk dengan kata kalau Anwar jadi PM, Anwar akan deal dengan Zahid dan Najib untuk membebaskan mereka. Dulu SSST dari utara pun buat fitnah yang sama, siap tuduh Anwar rakus tapi hari ini Allah telah hinakan diri dia sendiri bila segala tuduhan yang dia tuduh berbalik pada diri sendiri. Hari ini bila SSST bersuara sikit sahaja dalam FB terus penuh kecaman dan hinaan. Begitulah balasan Allah bagi mereka yang menjual ayat Allah demi habuan dunia.

Bagi saya kalau Anwar itu korup dan sanggup tunduk pada kuasa, dia boleh sahaja jadi PM tahun lepas, tapi sampai sekarang masih lagi berpegang pada prinsip.

Dia sengaja buat sentimen ini sebab nak pressure Zahid resign atau buat pemilihan UMNO. Jadi bila ini terjadi dapat la depa hijack UMNO dengan install puppet H20 atau Nuar Muso. Inilah perancangan magnum opus mereka dari dulu tapi pandai cover sebab ada boneka yang tolong laksana.

Yang jenis tunggang prinsip demi matlamat ialah OT. Siapa yang trigger krisis kehakiman 1988 sampai Tun Salleh Abbas di anayai? Adakah Anwar yang tunggang institusi kehakiman atau OT?

Dalam politik, hanya 2 orang saya doa semoga terus panjang umur dan lihat kerosakan yang mereka lakukan selama ini. Kedua-kedua mereka ini menpunyai trait yang sama, narsisistik, perasan maksum, pengikut yang taksub , tak pernah mengaku salah dan tak pernah minta maaf atas kesalahan.

Dan bagi orang yang nasisistik macam ini, menjadi tidak releven adalah satu benda yang paling mereka takut sebab itu mereka cuba buat kontroversi untuk tarik perhatian. Yang satu itu kerjanya hanya melaga-laga kan orang lain untuk dapat sokongan, pendek cerita politik kebencian. Dia laga antara kaum untuk dapat sokongan Melayu dan sorang lagi laga agama untuk dapat sokongan Muslim.

Tapi ada baiknya bila dia tuduh DAP exterimis baru LGE nampak perangai sebenar dia. Dia tuduh macam itu untuk dapat sokongan Melayu, tapi bila ada kuasa dia sendiri yang hina Melayu dengan kata orang Melayu malas dan jangan harap bantuan kerajaan.

Bila LGE dah tulis macam itu, nampaknya DAP akan terus kukuh bersama PH dan ini amat penting, sebab itu ketetapan Port Dickson penting untuk PH move forward. Yang paling penting point no 1 ialah melantik Anwar sebagai calon PM.

Siapa yang nak join PH masih terbuka tapi kena ikut semangat reform dan ketetapan rakyat. ( baca kalau UMNO, Warisan atau nak Pejuang nak bersama boleh tapi kena ikut semangat reform otherwise you can go fly kite).

Kluster Mahkamah ni hanya sentimen yang di cipta oleh OT bila orang tu tak nak sokong dia. Zaman Zahid jumpa dia kat rumah waktu langkah Sheraton, tak pula da sebut kluster mahkamah. Bila orang tu tak sokong dia terus label kluster Mahkamah.

Sebab itu trait dia sama dengan Pawang Buaya. Bila dia kafirkan UMNO dulu, dia guna ayat jangan bersama dengan orang zalim. Bila dia bersama dengan UMNO dia guna ayat orang beriman kena bersama.

Pastu bila tulis Mahidin tak cakap dia tak sentuh kes mahkamah, rasa geli pula baca. Kes Takiri, Kes Musa Aman, kes Tender Air Suam semuanya NFA. Ini tak ada beza dengan OT. Zaman OT kes lebai 90 juta pun senyap sebab lebai tunduk bagi sokongan sampai habis penggal.

Pastu sempat lagi bermain sentimen kes liwat ( sungguh low class) padahal semua orang tahu kes liwat itu hanyalah tuduhan politik sebab Anwar tak nak succumb dengan kehendak OT. Itu yang Tun Musa echo, kalau dia lawan OT dia pun akan kena tuduhan seks juga.

Gutter politik ini semuanya berpunca dari OT. Jenis matlamat menghalalkan cara. Itu yang Mahidin ikut. Tunggang semua institusi sama macam OT buat. Bila tak jalan depa main isu dalam kain.

Harapan saya tak banyak PRU15. Kalau PH menang jadi kerajaan adalah satu bonus. Paling penting jatuhkan PN dan pengkhianat, dari geng kitul, bersatu dan juga mastermind PN. Lepas itu kita akan lihat sekor2 menteri PN ini akan beratur jadi kluster mahkamah; dan paling manis kalau di ketuai oleh Palpatine jika dia panjang umur.

 


No comments: